SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Kejohanan Olahraga Kawasan Jasin 2010




SMK Simpang Bekoh 23-25/3/2010: Kejohanan Olahraga acara padang dan balapan peringkat Jasin telah diadakan di Smk Simpang Bekoh.SBPIS telah beraksi cemerlang di kejohanan tersebut.syabas dan tahniah diucapkan kepada atlit-atlit SBPIS yang telah berjaya.Semoga di peringkat negeri , mereka berusaha lebih gigih untuk menyaingi atlit2 yang lebih handal.

Emas

1. Lompat tinggi L-18 = Mohd Iqbal Sabirin
2.Lompat jauh L-18 = Mohd Iqbal Sabirin
3. 100 m L-18 =Mohd Fadhli
4.Lompat tinggi P-18 =Saihah Samsudin
5.800 meter L-18 =Zainor Danial Husni
6.100meter L-15 =Mohd Ikhwan Yahya
7.Lompat tinggi L-15 = Mohd Nurhakim Nawawi
8. 4 x 100m P18
9.4 x 100 m L18
10. 4 x 100 m L-15

Perak

1.Lompat jauh L-15 - Aslam Mohd Idris
2.200m L-18 -Mohd Fadhli
3.400 m P-15 -Nurul Syafiqah Razali
4. Lompat kijang L-15 = Haziq Asyaraf
5. 4x400m L-15

Gangsa

1. lempar cakera p-15
2. Rejam Lembing l-15
3. 100m p-15
4.Lompat kijang L-18
5.Lompat kijang L-15
6. Rejam Lembing P-15
7. 4 x 400 L-18

SBPIS terbaik terbaik SPM 2010 di Negeri Melaka







sbpis 11 mac 2010:SPM 2009 telah mencatatkan keputusan cemerlang di peringkat negeri melaka di mana telah mencatat PNGK 1.93 yang dikeluarkan oleh JPN melaka.2 orang pelajar sbpis telah menjadi antara terbaik melaka mencatat keputusan 11A+ iaitu Muhd Syafiq kamarulzaman dan Ahmad Asfar b Azwan .Seramai 27 orang pula telah mencatat keputusan penuh A (A+, A, A-).Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar dan tenaga pendidik yang berusaha keras untuk mencatat keputusan yang baik dalam SPM 2009.Semoga kejayaan mereka menjadi pendorong dan motivasi kepada pelajar-pelajar yang masih menuntut di sbpis terutama yang akan mengambil PMR dan SPM 2010.Maju dan terus maju Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka.

Kejohanan Sukan Sekolah 2010


































sbpis 11 mac:Kejohanan sukan peringkat sekolah 2010 sbpis telah berlangsung dengan jayanya.Bermula seawal pukul 8 pagi dengan perarakan perbarisan lintas hormat badan-badan beruniform diikuti dengan rumah sukan yang menampilkan pelbagai tema seperti proton (Portugis), Modenas ( Perkahwinan melayu), petronas ( pahlawan Greek) dan Telekom (pahlawan melayu).Pasukan beruniform pula terdiri daripada Kadet Polis, KRS, Pengakap, Pandu Puteri dan BBSM.Johan keseluruhan sukan sekolah tahun ini dimenangi oleh rumah Telekom diikuti oleh rumah modenas, proton dan petronas.Kejohanan tahun ini turut diserikan oleh pertunjukan seni bela diri teakwando dan silat.Syabas warga sbpis yang telah berusaha keras siang dan malam untuk menjayakan sukan sekolah peringkat sekolah untuk tahun 2010 semoga semakin cemerlang di tahun hadapan

Acara Saringan Kejohana Olahraga Tahunan 2010














sbpis , 8 mac:Acara saringan olahraga telah diadakan selama 3 hari berturut-turut dari Isnin (8 Mac 2010) hingga Rabu (10 Mac 2010)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Asrama terbuka dan Mentor Dorm




















sbpis,5 Mac: Pelancaran 3 program iaitu Majlis sambutan maulidur rasul, Arama terbuka dan mentor Dorm telah diadakan serentak.Majlis bermula dengan Asrama terbuka bermula 7.30-8.30 dimana guru-guru dibenarkan melawat asrama lelaki dan perempuan.Pelajar-pelajar telah menghias dorm masing-masing mengikut kreativiti masing-masing.Program perarakan Maulidur Rasul Menyusul pula selepas itu bermula di padang sekolah dan berakhir di dewan sekolah.Antara program yang diadakan adalah persembahan berzanji oleh ust samsol, ceramah oleh ustaz azrul, penyampaian hadiah&cenderamata, dan alunan selawat oleh pasukan Nasyid ilhan Nur.Hari sabtu pula diadakan hari usahawan SBPIS dimana pelajar-pelajar membuka gerai jualan sepanjang hari sabtu.Syabas dan tahniah diatas usaha gigih guru dan pelajar-pelajar menjayakan program tersebut.

MAJLIS MAULID DIBA`IE

sbpis 4.3.10:Badan Dakwah Agama dan Rohani (BADAR) melancarkan Majlis maulid Diba`ie sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.Program ini akan berjalan seperti berikut

Tarikh: 4 Mac 2010

hari : Khamis

Masa:Selepas Menunaikan solat maghrib

Tempat:Surau Al-Karim

Semua warga SBPIS dijemput hadir

"BANGKITLAH UMMAH TERUS MUJAHADAH, ISLAM AKAN KEMBALI MENYINARI UMMAH"

Karnival Pendidikan Jabatan Pelajaran Melaka








KARNIVAL PENDIDIKAN JPM :


Tarikh : 4 hingga 7 Mac 2010
Hari : Khamis hingga Ahad
Tempat : MITC, Air Keroh, Melaka.

Gerai Integrasi Corner menjual:
  1. Roti Arab
  2. Roti Puri
  3. Roti Jagung
  4. Capati
  5. Koktel
  6. Burger
  7. Tembikai Limau
  8. Keropok lekor
Marilah beramai-ramai berkunjung ke sana..

Ceritera SBPIS

sbpis 1 Mac: Kemunculan semula kumpulan nasyid di Sbpis di perhimpunan sekolah sempena sambutan maulidur rasul telah menarik perhatian ramai guru-guru dan pelajar sbpis setelah lama tidak muncul dalam program-program 3 tahun kebelakangan ini.Selain itu dimaklumkan bahawa keputusan spm 2009 dijangka keluar pada 12 mac ini dimana sukan sekolah sedang diadakan, justeru itu pertandingan tarik tali antara guru dan bekas pelajar akan diadakan untuk acara selingan.Di sabtu lepas pula pelajar-pelajar sbpis yang mendapat 9a dan 8a dalam PMR 2009 telah diraikan di A Famosa Waterworld.