PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-52 2009

19/08/2009 - SBPIS telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Kemerdekaan Ke-52 di Dewan Gemilang, semua guru dan murid terlibat dalam pelancaran tersebut.Aktiviti seperti nyanyian lagu patriotik telah dinyanyikan dengann semangat terutama lagu 1Malaysia tema kemerdekaan ke-52

CERAMAH H1N1 DARI PERSPEKTIF ISLAM


14/08/2009 - Satu majlis "MUNAJAT H1N1 dan MARHABAN RAMADAN" telah diadakan di Surau al-Karim SBPIS. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ust Ahmad Fahim bin Robani dari MMU Melaka.Ceramah ini memberi penerangan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru mengenai wabak H1N1 dari pandangan Islam. Seterusnya dalam majlis ini juga telah diadakan Solat Hajat, Bacaan Yasin bagi menghadapi cabaran akan datang serta sempena menyambut bulan puasa.

PILIHAN RAYA SBPIS 2009


Satu Pilihan raya SBPIS telah diadakan untuk memilih Jawatan Ketua Pelajar dan Timbalan Ketua Pelajar bagi sesi 2009/2010. Pilihan raya ini telah berlangsung pada hari Sabtu - 14/08/2009. Ketua Pelajar/Pegawas dimenangi oleh saudara Syed Muhammad Syafiq Tengku Syed Nasaruddin, manakala Timbalan ketua Pelajar/Pegawas dimenangi oleh saudari Nur Adibah Rosi dan beberapa jawatan yang dipertandingkan.

PEMANTAUAN SBP PENGURUSAN AKADEMIK


12 Ogos 2009 (Rabu) - Dua pegawai dari SBP Pengurusan Akademik telah hadir ke SBPIS bertujuan membuat pemantauan akademik. Ini juga bermaksud membantu guru-guru dan pihak sekolah membuat penambahbaikan di atas segala teguran yang dibuat terutama kepada ketua-ketua panitia tertentu dan juga guru cemerlang mahupun calon guru cemerlang.

LAGU SATU MALAYSIA

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008


Lima guru dan seorang staf baru-baru ini telah menerima APC 2008. Diharapkan guru-guru dan staf yang terlibat akan terus berkhidmat dengan cemerlang dan menjadi peransang kepada guru-guru dan staf SBPIS, bagi tujuan meningkatkan prestasi perkhidmatan dan keputusan peperiksaan awam dengan lebih baik.

GURU BERTUKAR



Ustazah NurulHuda telah menamatkan perkhidmatannya di sekolah ini pada 29 Julai 2009. Beliau berpindah sekolah baru iaitu SMK Pandan Jaya, Selangor. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat di SBPIS. Diharap beliau dapat meneruskan perkhidmatan di sekolah baru dengan lebih cemerlang lagi