SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Badminton MSS Kawasan Jasin 2015 Di Bawah Kelolaan SBPIS

Bermula dari 27 Januari 2015 hingga 29 Januari 2015 telah berlangsung Kejohanan Badminton MSS Kawasan Jasin. SBPI Selandar telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan kejohanan tersebut. Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori : 











Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun :

BIL.
NAMA PEMAIN
KEDUDUKAN
SEKOLAH
1.
CHUA WEN ZHOU
JOHAN
SMK SELANDAR
2.
PARTIBAN A/L MOORTHY
NAIB JOHAN
SMK JASIN
3.
LIAW CHUN KOK
KETIGA
SMK SELANDAR
4.
ELWIN A/L KUMARUSAMY
KETIGA
SMK JASIN

Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun :

BIL.
NAMA PEMAIN
KEDUDUKAN
SEKOLAH
1.
UMA MAGESSWARY A/P UTHRIAN
JOHAN
SMK ISKANDAR SHAH
2.
NURUL ASYIQIN BINTI ZULPIKRI
NAIB JOHAN
SMK DATUK BENDAHARA
3.
MERCY A/P KUMARASAMY
KETIGA
SMK ISKANDAR SHAH
4.
NUR FARHANAH BINTI SHAIK ALAWDEEN
KETIGA
SMK JASIN

Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun :

BIL.
NAMA PEMAIN
NO. TEL
SEKOLAH
1.
CHIN YONG QUAN
JOHAN
SMK SELANDAR
2.
TAI XIANG YANG
NAIB JOHAN
SMK SELANDAR
3.
LAU ZHEN XIONG
KETIGA
SMK SIMPANG BEKOH
4.
TIAW KHAI CHENG
KETIGA
SMK SELANDAR

Kategori Perempuan 18 Tahun :

BIL.
NAMA PEMAIN
NO. TEL
SEKOLAH
1.
NUR FARAH ILYANI BINTI ZULASTRI
JOHAN
SMK DATUK BENDAHARA
2.
NUR ATIQAH BINTI NORMAN SHAH
NAIB JOHAN
SMK JASIN
3.
NUR FARA MADIHAH BINTI MOHD SAIDI
KETIGA
MRSM TGB
4.
NOR AEIN BINTI MOHAMMAD YUSUF
KETIGA
KV JASIN





Bengkel ICT Guru SBPIS - LADAP VLE Frog

Bengkel ICT  - LADAP VLE Frog untuk guru-guru SBPIS telah dijalankan pada 28 Januari 2015, bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di Bilik Seminar.

Bengkel ini sebagai latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru SBPIS untuk membina laman PdP di VLE Frog.



Sambutan maulidur Rasul SBPIS 1436H

Bersempena bulan Rabiul Awal ini, warga SBPIS melahirkan rasa kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.  dengan menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 23 Januari 2015, Jumaat. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ialah " Peerpaduan Nadi Transformasi Negara".  Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan perarakan mengikut rumah sukan . Majlis diteruskan lagi dengan ceramah sempena Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan dari SM Tahfiz Al-Quran Chenderah, Jasin, Ustaz Hazali bin Hasan.







Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2015

 22 Januari 2015 - Satu majlis ringkas bagi menyampaikan bantuan awal persekolahan 2015 kepada pelajar SBPIS telah diadakan di Dewan Gemilang, SBPIS. Bantuan tersebut sebagaimana yang diumumkan dalam bajet 2015 bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yangditanggung oleh ibu bapa. Bantuan telah disempurnakan oleh Yb. Datuk Wira Hj. Abdul Ghafaar bin Atan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Melaka merangkap Adun Asahan.




Perhimpunan Kokurikulum Bulanan SBPIS Kali 1/2015

DataranWawasan SBPI Selandar, 21 Januari 2015 - Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Kali 1/2015 telah diadakan pada jam 3.45 petang. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan dan amanat dari Penolong Kanan Kokurikkulum, Encik Ismail bin Ahmad. Majlis diteruskan dengan latihan asas ikatan yang diketuai oleh Badan Uniform Pengakap.


Course Of Study (Rancangan Pengajaran Tahunan)



Anda boleh dapatkan Ringkasan Pengajaran Tahunan SBPI Selandar bagi tahun 2015 pada link berikut :


SBPI Selandar Bakal Tuan Rumah Kejohanan Badminton MSS Kawasan Jasin 2015

SBPI Selandar memulakan sinar aktiviti sukannya dengan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Menengah dan Rendah Kawasan Jasin pada 26 - 30 Januari 2015. Sehubungan itu, satu mesyuarat Pengurus Pasukan Badminton Majlis Sukan Sekolah Menengah dan Rendah Kawasan Jasin telah dijalankan di SBPIS pada 13 Januari 2015 jam 2.30 petang.

 

Pendaftaran Tingkatan 1/2015 Ambilan Januari