SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Majlis Restu Ilmu SPM 2014

30 Oktober 2014 - Majlis Restu Ilmu bagi calon-calon SPM 2014 telah diadakan di Dewan Gemilang SBPIS pada jam 9.00 pagi. 


Program Kembara Gemilang JPN Melaka ke SBPI Selandar

23 Oktober 2014 – Program Kembara Gemilang anjuran Jabatan Pendidikan Melaka telah berlangsung di SBPI Selandar. Program yang diketuai oleh  Dato’ Hj. Mohd Rashid bin Mohd Hussain; Pengarah Pendidikan Melaka ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah, Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, Pengerusi Pendidikan Jasin dan ketua-ketua unit Jabatan pendidikan Melaka.

Program yang dimulai oleh Tuan Haji Sharif bin Ebok; Guru Penolong kanan 1 SBPI Selandar dengan memberi taklimat ringkas mengenai GROW, Qnett  Ofline serta program akademik yang dijalankan oleh SBPI Selandar.



Majlis Graduasi SBPIS 2014


 

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 diiktiraf dan dihargai usaha mereka dalam Majlis Graduasi pada 18 Oktober 2014 bertempat di Dewan Gemilang, SBPIS. 

Pada kesempatan ini sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Kholil bin Mohamad, Mantan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan di atas kesudian beliau merasmi dan menjayakan majlis ini.





Kolaborasi Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan

SBPI Selandar dalam usahanya meningkatkan kecemerlangan akademik dan bimbingan akademik, Panitia Teknologi Kejuruteraan telah berkerjasama dengan SMK Nyalas dan SMK Tebong bagi kolaborasi mata pelajaran tersebut. Kolaborasi tersebut telah dijalankan pada 13 Oktober 2014 bermula jam 2.00 petang bertempat di Bilik Seminar SBPIS.

      Kolaborasi tersebut disertai oleh 65 pelajar dari ketiga-tiga sekolah dengan memberi penekanan kepada tajuk Sistem Kawalan, Pembinaan dan Pengiraan Hidrolik. Tahniah atas penganjuran kolaborasi perkongsian pintar tersebut !




Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana sempena PT3 dan SPM 2014


9 September 2014 - Unit HEM dan Panitia Pendidikan Islam SBPIS telah mnganjurkan Majlis Bacaan yasin dan Solat Hajat Perdana bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki PT3 dan SPM tahun ini. Tetamu jemputan terdiri dari ibu bapa dan ahli keluarga calon PT3 dan SPM. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Imam Qariyah Batang Melaka dan YDP PIBG.



Phak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian para waris hadir menjayakan majlis ini.  Diharap segala usaha yang dilakukan untuk kejayaan anak-anak SBPIS ini mendapat ganjaran setimpal dari Allah Taala. Berusaha, berdoa dan bertawakal....

Majlis Restu Ilmu Calon PT3 2014

Majlis Restu Ilmu PT3 telah berlangsung pada 9 Oktober 2014 di Bilik Kuliah Ruslan Kassim SBPIS. Objektif utama majlis ini adalah menzahirkan restu semua guru serta penyatan doa dan harapan agar kejayaan milik bersama. Majlis diakhiri dengan salam bersalaman antara guru dan pelajar. Diharap pelajar tingkatan 3 dapat melakukan yang terbaik.


SBPIS mengalukan kedatangan rombongan kolaborasi SMA Insan Cendekia Al-Kausar, Indonesia

SBPIS dikunjungi oleh rombongan kolaborasi antarabangsa dari SMA Insan Cendekia Al-Kausar, Sukabumi, Indonesia pada 25 - 30 September 2014.

Sambutan Kedatangan Rombongan SMA Insan Cendekia Al-kausar ke SBPIS
Majlis Taaruf bersama SMA Insan Cendekia Al-kausar di Perhimpunan Rasmi SBPIS
Taklimat & Muzakarah  Badan Pengawas antara dua sekolah

SMA Insan Cendekia Al-Kausar dalam Malam Kebudayaan sempena Hari Kokurikulum&Inovasi SBPIS
Majlis Tanam Pokok Tanda Persahabatan
Penyerahan Senjata Rasmi Sukabumi kepada Pengetua SBPIS & Forum Nusantara

Pertukaran Cenderamata & Majlis Perpisahan