SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Wajah - wajah Ceria di Majlis Sambutan Hari Guru SBPIS 2015

Program                : Sambutan Hari Guru Peringkat SBPIS
Tarikh                   : 18 Mei 2015 - Isnin
Tema Hari Guru   : Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema Pakaian       : Kalau Aku Bukan Guru





Panitia Bahasa Melayu SBPIS - Pendekatan Adab Berbahasa Dalam P&P Tatabahasa

Panitia Bahasa Melayu SBPIS telah melaksanakan bengkel "Pendekatan Adab Berbahasa Dalam P&P Tatabahasa" bagi para gurunya. Bengkel yang dijalankan pada 15 Mei 2015 dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berkongsi ilmu bersama Encik Mohamad bin Musip.



SBPIS mewakili Zon Selatan Ke National Academic Decathlon 2015 Malaysia pada Mei ini


Malaysian Institute For Debate & Public Speaking (MIDP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program National Academic Decothlon Malaysia 2015 buat julung kalinya.  Peserta bertanding di dalam bebearapa kategori pertandingan iaitu : writing, Brain Challenge, Debate, Group Chellenge & Public Speaking. Topik dan tema pertandingan berkisar General Knowledge, Nationalism, Economics, Current Issues & World History.


SBPI Selandar diwakili tiga pelajar iaitu Nurul Hidayu, Aliah Syafirah dan Nur Aisyah telah menyertai pertandingan tersebut bagi pemilihan peserta Zon Selatan pada 1- 2 Mei 2015 di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Kemenangan pelajar tersebut mendapat tempat keempat melayakkan mereka mewakili Zon Selatan ke NAD Malaysia Kebangsaan nanti. Program yang bertaraf antarabangsa ini dijangka bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib pada majlis penutupnya 12 Mei nanti. Pasukan yang berjaya diperingkat zon akan bertanding di peringkat kebangsaan " World Scholar's Cup Pusingna Global"di Kuala Lumpur pada bulan Mei dan seterusnya yang terbaik  akan bertanding di peringkat antarabangsa di " Tournament Of Champion" di Yale University, Amerika Syarikat pada bulan November.

SBPIS Raih Anugerah Gangsa dalam iidex2015 di UiTM


SBPI Selandar menerima pengiktirafan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila berjaya memperolehi satu pingat gangsa dalam Invention Innovation & Design Exposition (iidex) 2015 yang berlangsung pada 27 hingga 30 April 2015 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.

Di bawah bimbingan dan seliaan Cikgu Mastura binti Bujal ia mempamerkan projek yang bernama "GreenlifeSaver". Tahniah dan syabas kepada penyelidik !