SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SBPIS mewakili Zon Selatan Ke National Academic Decathlon 2015 Malaysia pada Mei ini


Malaysian Institute For Debate & Public Speaking (MIDP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program National Academic Decothlon Malaysia 2015 buat julung kalinya.  Peserta bertanding di dalam bebearapa kategori pertandingan iaitu : writing, Brain Challenge, Debate, Group Chellenge & Public Speaking. Topik dan tema pertandingan berkisar General Knowledge, Nationalism, Economics, Current Issues & World History.


SBPI Selandar diwakili tiga pelajar iaitu Nurul Hidayu, Aliah Syafirah dan Nur Aisyah telah menyertai pertandingan tersebut bagi pemilihan peserta Zon Selatan pada 1- 2 Mei 2015 di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Kemenangan pelajar tersebut mendapat tempat keempat melayakkan mereka mewakili Zon Selatan ke NAD Malaysia Kebangsaan nanti. Program yang bertaraf antarabangsa ini dijangka bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib pada majlis penutupnya 12 Mei nanti. Pasukan yang berjaya diperingkat zon akan bertanding di peringkat kebangsaan " World Scholar's Cup Pusingna Global"di Kuala Lumpur pada bulan Mei dan seterusnya yang terbaik  akan bertanding di peringkat antarabangsa di " Tournament Of Champion" di Yale University, Amerika Syarikat pada bulan November.