SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Temuduga Pelajar Tingkatan 1 Kemasukan 2011




SBPI Selandar 25/11/2011 : Temuduga khas untuk pengambilan pelajar baru tingkatan 1 kemasukan 2011 telah diadakan di SBPIS. Temuduga bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30petang. Seramai 272 calon telah dipanggil dan layak untuk ditemuduga. Calon yang hadir dalam sesi temuduga tersebut adalah seramai 188 calon sahaja. Temuduga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pertama: Ujian Bertulis Bahasa Arab ( 1 Jam ) dan Kedua : Temuduga Terbuka.




Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2010



ALL THE BEST
"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal".
( Surah Al-Imran:159 )

Majlis Korban di SBPI Selandar






TEMUDUGA PELAJAR TINGKATAN 1 KEMASUKAN 2011

KEPADA SEMUA GURU YANG DIHORMATI, TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 /2011 AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

HARI: KHAMIS
TARIKH: 25 NOVEMBER
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: SBP INTEGRASI SELANDAR

Majlis Graduasi SBPIS 2010




SBPIS 30/10/2010: Majlis graduasi 2010 telah diadakan di sbpis untuk meraikan tahun akhir pelajar tingkatan 5 sesi 2010.Majlis graduasi telah diadakan dengan suasana penuh istiadat dan gilang gemilang.Dengan rasa syukur dan ingatan penuh tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat iaitu YB Datuk Wira HJ Othman bin Muhammad ( Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka) kerana sudi merasmikan hari graduasi kali ke vi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar , Melaka juga kepada PIBG, Guru-guru SBPIS dan Pelajar tingkatan 5 2010.Semoga anak didik SBPIS akan menjadi duta-duta kecil malaysia ke seantero dunia kelak.Insyallah..