PROGRAM HIJRAH BESTARI SBPIS BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TERPILIH NEGERI MELAKA

SBPIS 17-20 April: SBPIS telah menganjurkan Program Hijrah Bestari bersama sekolah -sekolah menengah terpilih Negeri Melaka. Program bermula dengan Pendaftaran pelajar pada jam 9 pagi diBalai Merdeka, seramai 49 orang telah menghadirkan diri  .  Pelajar-pelajar terdiri dari SMK Sultan Alauddin, SMK Iskandar Shah, SMK Dang Anum, SMK Air Molek, SMA Assyakirin dan SMA Jaim Al-Ahmadi.  Pelajar lelaki seramai 24 orang manakala pelajar perempuan seramai 25 orang, mereka telah di tempatkan di kelas mengikut aliran masing-masing seperti Aliran Sains Agama kelas Al Razi dan Ibnu Sina manakala Aliran Sains Tulen kelas Edison, Einstein dan kelas Newton.  Para pelajar telah diberi taklimat berkaitan sekolah oleh Guru Penolong Kanan Akademik iaitu Tuan Haji Sharif bin Ebok, taklimat asrama telah disampaikan oleh Penolong Kanan HEM iaitu Encik Ramli bin Abdullah.  Selepas itu para pelajar di bawa ke asrama dan seterusnya mereka semua telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas yang telah ditetapkan. Objektif program ini diantaranya adalah , Untuk Meningkatkan kesungguhan kendiri, semangat dan motivasi pelajar,  Menimbulkan rasa mereka disayangi dan dihargai dengan mereka berasa bahawa ada orang yang masih cakna kepada  mereka, selain itu Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar dengan semangat ingin berlumba mencapai kejayaan dalam SPM khususnya dan kehidupan amnya.

PEMANTAUAN KAJIAN SET KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 Pada 9-4-2012 SBPIS telah terpilih untuk melaksanakan Kajian Set Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru dan Murid KPM Peringkat Kebangsaan. Seramai 100 orang Responden daripada kalangan pelajar dan 30 orang responden guru. Perlaksanaan Kajian ini adalah secara diatas talian dan dipantau oleh beberapa orang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan. Tahniah kepada semua yang telah membantu dalam melancarkan perjalanan kajian ini.

KEJAYAAN TERBARU SBPIS

1) Pertandingan Forum Remaja Daerah Jasin pada 3-04-2012
    - SBPIS Kumpulan B mendapat Johan. Pengerusi Forum kumpulan B di nobatkan sebagai      Pengerusi Forum terbaik dan Anugerah ahli panel terbaik disandang oleh Muhd Habibi bin Mustakeng.

2) Pertandingan Sayembara Puisi dan lagu bertempat di MITC 6-04-2012, SBPIS diwakili 6 peserta.
    - SBPIS mendapat Naib Johan.
3) Pertandingan Kawad Kaki KRS peringkat Negeri Melaka 5-04-2012.
  -SBPIS Naib Johan.  

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KAKI (KRS) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JASIN TAHUN 2012

SBPI Selandar sekali lagi diamanahkan menjadi tuan rumah Pertandingan Kawad Kaki Remaja Sekolah Menengah Peringkat Daerah Jasin Tahun 2012. Pertandingan berlangsung dengan lancar dan meriah sekali, walaupun keadaan cuaca panas terik setiap kontijen berkawad dengan penuh semangat.Tahniah kepada pasukan KRS Putera Sbpis telah dinobatkan sebagai johan kategori lelaki.Bagi kategori puteri SBPIS mendapat tempat ke-3, walaupun tidak menjadi juara pada tahun ini pasukan Puteri pada kedudukan yang terbaik.Pasukan lelaki SBPIS mereka mewakili Daerah ke pertandingan peringkat negeri bertempat di MITC pada 5-4-2012. Keputusannya SBPIS Naib Johan dalam pertandingan ini, Tahniah diucapkan.