SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Profil Sekolah

PENGENALAN

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah dinaiktaraf status menjadi SBP Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) pada tahun 2017. TMUA merupakan nilai tambah kepada Pendidikan Agama yang dilaksanakan oleh KPM. SBPI Selandar Tahfiz Model Ulul Albab merupakan gabungan Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz(KBT) dan Program Ulul Albab yang Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. SBPI Selandar akan melahirkan murid yang memenuhi keperluan tenaga profesional dan teknokrat yang hafaz Quran serta mempunyai pegangan agama yang kukuh.

Penubuhannya adalah antara 66 sekolah berasrama penuh sedia ada di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat penubuhannya selaras dengan dasar SBP yang bertujuan melahirkan bakal pemimpin yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara Malaysia


SEJARAH 

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar atau lebih dikenali sebagai SISMe (SBP Integrasi Selandar Melaka) yang terletak di daerah Jasin, Melaka merupakan salah sebuah dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2003 apabila 84 pelajar Tingkatan 1 generasi pertama telah mendaftarkan diri mereka di SISMe berdasarkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan UPSR

Sekolah Berasrama  Penuh Integrasi Selandar, Melaka yang juga dikenali sebagai SBPIS dan SISMe, adalah merupakan salah satu daripada 12 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang terdapat di Malaysia. SBPIS dan salah satu daripada dua buah sekolah berasrama penuh di Melaka yang dikawal selia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan falsafah SBP iaitu bertujuan memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

PRASARANA 
Sekolah ini mempunyai:
Selain itu, SISMe juga terletak di atas tapak seluas 21 hektar yang sangat sesuai sebagai sebuah institusi pendidikan.

LOKASI
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah dibina di satu kawasan di Batang Melaka. Kedudukan sekolah ini yang terletak di sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan begitu sesuai dan kondusif dari segi peranannya sebagai salah sebuah SBP. Sekolah ini terletak kira-kira 8.4 kilometer dari pekan Gemencheh dan 10 kilometer dari pekan Selandar. Bangunan-bangunan sekolah terletak di kawasan tanah seluas 21 ekar, dikelilingi ladang sawit.




IKRAR PELAJAR
Bahawasanya Kami
Pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
Menjunjung Tinggi dan Mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukunegara
Cemerlang dan Berwawasan
Menjadi Cogan Perjuangan Hidup
Nama Baik Sekolah, Guru-guru dan Ibu Bapa, Nusa Bangsa
Sentiasa Dipupuk dan Dipelihara
Suruhan dan Larangan Agama
Tersemat di Sanubari
Yakin Kepada Kebolehan Diri Sendiri
Kami Juga Berjanji
Akan Menjadi Insan Yang Berguna
Pada Agama, Bangsa dan Negara.
 
LAGU SEKOLAH
 
Di bumi bertuah ini
 
SBPI Selandar
Cemerlang dan Berwawasan
Melahirkan insan gemilang
Berakhlak, Berilmu, Berbakti
Pada Ibu Pertiwi
Mendukung Wawasan Negara
Pembela Warisan Bangsa
Maju terus maju SBPI Selandar
Maju ke hadapan Cemerlang berwawasan
 
ANUGERAH dan PENCAPAIAN UTAMA
 
 
 









 Makna Logo
 Maksud Warna
 Pencipta Logo