SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Sambutan Hari guru SBPIS















sbpis 17.5: Sambutan hari Guru SBPIS telah disambut dengan meriahnya tahun ini.Bermula dengan gimik bermotor besar ke dewan diikuti rombongan berjalan kaki sehingga ke Dewan Gemilang.Perutusan Menteri dan Ketua Pengarah berserta nyanyian lagu "Guru Malaysia" telah dikemundangkan dengan penuh semangat oleh guru-guru SBPIS. Seterusnya acara sukanika menyusul pula dengan 3 permainan iaitu memotong kulit epal terpanjang, berebut kerusi dan hoki penyapu.Setelah berakhirnya sukanika semua guru dan pelajar berkumpul pula di dewan semula untuk menyaksikan persembahan pelajar seperti , Tarian endang, Boria, Dongdang Sayang, Dikir barat dan juga persembahan slaid multimedia dari para pelajar. Syabas dan Tahniah guru-guru dan pelajar yang bersama-sama memeriahkan hari guru tahun 2010.Semoga tema "Guru Pembina Negara Bangsa" akan tersemat di sanubari guru-guru SBPIS dan Semua guru di Malaysia khususnya..Selamat Hari guru!!

lagi gamba2 di hari guru

Gotong royong Sempena Hari Guru






sbpis : Gotong royong telah diadakan pada hari sabtu sempena Hari Guru di seluruh negara.Seluruh warga pendidik dan pelajar telah bekerjasama membersihkan persekitaran sekolah dan melukis mural2 menarik di sekeliling sekolah..syabas dan tahniah diucapkan kepada warga sbpis.

Pertandingan Bowling Hari Guru





Mitc 13.5.2010 : Guru-guru sbpis telah turun padang beramai-ramai bermain bowling di MITC bowling centre.Perlawanan telah diadakan diantara guru-guru.Johan individu tahun ini disandang oleh cikgu azrin.Semoga perlawanan akan datang akan menyaksikan lebih ramai baakt-bakat baru yang lebih hebat dapat disaksikan..

Pemantauan Berkelompok Sektor Pengurusan Akademik JPN Melaka





sbpis 5.5.2010:Lawatan pemantauan berkelompok Sektor Pengurusan Akademik JPN Melaka ke SBPIS telah dilakukan.Seramai 11 orang pegawai telah turun untuk memantau perjalanan akademik di sbpis.Pemantauan guru-guru di kelas telah dilakukan mengikut bidang masing-masing.Q-Net sekolah diminta dikemaskinikan dimana Q-net digunakan oleh JPN Melaka untuk memantau akademik di seluruh sekolah di Melaka.Segala teguran-teguran membina haruslah di ambil positif oleh warga sbpis supaya menjadikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi terus unggul dalam menghasilkan keputusan-keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM di negeri Melaka .Selamat berusaha!!!