Hari Kokurikulum Mingguan SBPIS














Hari mingguan kokurikulum sbpis pada minggu ini menampilkan pertunjukan pencak silat dari persatuan silat gayung sbpis, program memasak "chicken chop", cengkodok pisang dan sandwich dari pasukan pengakap. Diharapkan minguan kokurikulum akan datang akan menampilkan program yang lebih menyeronokkan untuk ditonton dan dirasai ..syabas pelajar-pelajar sbpis..




Program Pengukuhan PMR dan SPM












Program Pengukuhan PMR dan SPM 2010 diadakan setiap minggu pada hari sabtu bergilir-gilir untuk semua subjek.Guru dan pelajar dapat berbincang serta mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk kecermerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM 2010



Majlis penutup Minggu Silaraturahim Tingkatan 1






Majlis penutup minggu silaraturahim pelajar-pelajar baru sbpis telah diadakan semasa perhimpunan rasmi.Hadiah-hadiah telah diberi kepada pemenang "Hari Bakat" mengikut kategori kumpulan dan individu .

TAHNIAH, NAIK PANGKAT

En Ismail B Ahmad telah dinaikkan pangkat sebagai GKMP Kemanusiaan kuatkuasa pada 16 Januari 2010. Diharapkan En Ismail dapat menjalankan tugas dengan cemerlang untuk menerajui bidang kemanusiaan

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1






Pelajar-pelajar Tingkatan 1 sesi 2010 mula mendaftar pada 11.1.2010.Seramai 71 orang pelajar mendaftar iaitu seramai 35 orang lelaki dan 36 orang perempuan.Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru SBPIS

MESYUARAT J/K PIBG KALI 1/2010


YDP PIBG mempengerusikan Mesyuarat J/k PIBG kali pertama 2010



Tarikh: 31 Disember 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS
Jam : 2.30 ptg
Mesyuarat di atas tamat jam 6.00 ptg, banyak perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Semua perkara dibincangkan telah dibuat keputusan.