SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

BENGKEL KEJURULATIHAN LEVEL UP@SCHOOL 2017

Satu bengkel kejurulatihan Level Up@School telah berlangsung selama 3 hari di Bahagian Teknologi Pendidikan, Negeri Sembilan pada 22/5/2017-24/5/2017. Bengkel tersebut merupakan anjuran MDEC dengan kerjasama KPM bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam pengaturcaraan game. Program ini merupakan inisiatif nasional "mydigital maker"untuk memupuk minat dan keupayaan kreativiti serta inovasi digital dalam kalangan pelajar sekolah. Program ini juga merupakan rentetan daripada pelaksanaan kurikulum baru TMK KSSR dan KSSM yang memberi penekanan terhadap asek pemikiran digital dan asas sains komputer. Dua orang pelajar SisMe yang terpilih mengikuti program tersebut ialah:

1. Nurnasywa Dzulaikha Mohd Dzulmee (2 Al-Khawarizmi)
2. Mohd Haqeem bin Azman (2 Al-Khawarizmi)


Tahniah di atas penglibatan pelajar tersebut. Semoga ia menjadi titik tolak terhadap penyertaan pelajar SisMe yang lain dalam aktiviti pengaturcaraan komputer seperti ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah di atas sokongan yang tidak berbelah bagi. 

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2017

Pelajar SISMe telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Akhir Zon Selatan Harta Intelek Negara 2017 di UTM Skudai pada 15 Mei 2017. Tahniah di ucapkan kepada Muhammad Affiq Ashraff bin Mokhtar , Muhammad Hamdi bin Abd Khalid dan Muhammad Adham bin Hamdan atas pencapaian yang membanggakan kita semua. Juga ucapan seribu tahniah kepada Guru Penasihat Rekacipta dan Inovasi , Pn Mastura bt Bujal atas bimbingan dan melatih pelajar-pelajar ini. Semoga SISMe terus cemerlang di masa akan datang.












SAMBUTAN HARI GURU SISME 2017

Pada tanggal 16 Mei 2017 telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru buat kali ke-17 di Dewan Tan Sri Haji Abdul Rafie Mahat. Sambutan pada tahun ini telah mengulangi tema sambutan pada tahun 2009 dan 2010 iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Manakala tema pakaian guru pula ialah Hijau. Sambutan yang dikelolakan oleh Kelab Guru & Staf SBPIS serta pelajar-pelajar SPM 1/2017 ini telah diwarnai lagi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi photobooth, perarakan masuk guru-guru ke dewan, nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia', bacaan ikrar Guru Malaysia, ucapan perutusan KPPM dan Menteri Pendidikan, aktiviti sukaneka, persembahan pelajar dan juga penyampaian anugerah kepada guru-guru.    



Walaupun dijalankan semasa musim Peperiksaan Pertengahan Tahun, guru-guru SBPIS tetap disambut dengan meriah. Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar SPM 1/2017 kerana telah bertungkus lumus membuat persiapan sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Semoga semua pelajar yang terlibat mendapat keberkatan ilmu dan menjadi pelajar cemerlang di dunia dan juga di akhirat inshaaAllah

KEJOHANAN BOLA JARING MSSNM 2017

Pada 3 & 4 Mei 2017 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring MSSNM Melaka di IPG Melaka. Seramai 4 orang ahli pasukan bola jaring SISMe bawah 18 tahun yang mewakili daerah Jasin telah berjaya mendapat Johan di Kejohanan tersebut. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah:

1) Sarah Suhaili Farhana bt Mohamad Anuar
2) Nur Umairah bt Mohamad Asri
3) Siti Maizatul Akma bt Usley
4) Siti Aisyah Maisara bt Azhar



Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SISMe serta guru-guru pengiring yang terlibat. Semoga terus cemerlang di masa hadapan.

TAHNIAH PASUKAN RAGBI SEKOLAH

Alhamdulillah tahniah kepada pasukan Ragbi sekolah bawah 14 tahun kerana telah berjaya mendapat tempat naib johan dalam kategori shield peringkat antarabangsa di Kejohanan Ragbi KL Tiger 10's




Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pengiring yang terlibat dan seluruh pasukan ragbi sekolah. Majulah sukan untuk SISMe!