SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Program Induksi Nuqaba' BADAR SBPIS Kali Ke-5

Pada 18-20 Ogos 2017 yang lalu Program Induksi Nuqaba' BADAR SBPIS Kali Ke-5 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan melatih kepimpinan dalam kalangan naqib dan naqibah serta jawatankuasa BADAR. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah LDK, Qiamullail, diskusi siapa nuqaba', explorace dan lain-lain. Acara kemuncak proogram ini adalah forum yang disampaikan oleh panel-panel jemputan bertajuk "Nuqaba': Bebanan vs Amanah". Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Penolong Kanan HEM SBPIS Ustaz Ruzzalan bin Che Soh. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan BADAR dan guru-guru yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.



Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka

Pada 3 Ogos 2017 yang lalu pasukan drama sekolah telah menyertai sebuah Pertandingan Drama KOMSAS Sekolah-sekolah Menengah Negeri Melaka 2017 dan berjaya mendapat tempat kelima. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar dan guru pembimbing yang terlibat.


Program Sempena Bulan Kemerdekaan

Pada 2 Ogos yang lalu Panitia Sejarah SISMe telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.  Antara aktiviti yang telah berjalan adalah seperti butiran berikut:

1. Masakan tradisional inovasi

    Tarikh: 2 Ogos 2017
    Masa : 2.45 pm 
    Bahan asas yang disediakan: 
    - ubi keledek
    - tepung
    - santan kelapa



2. Model Prototype 3D Sejarah

Tarikh: 23 Ogos 2017
Masa: 2.30pm
Tempat: Balai Merdeka





International Future Scientists Conference 2017

Pada 25 hingga 27 Julai yang lalu 3 orang pelajar telah menyertai INternational Future Scientists Conference 2017 yang diadakan di Pusat Permata Pintar, UKM. Sukacita dimaklumkan SISMe telah mendapat anugerah Silver Award. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru pembimbing yang terlibat.

1. Irdina bt Maslan
2. Nur Sakinah bt Zainuddin
3. Nur Qamariah bt Md Said


MAJLIS PERSARAAAN GPK KOKURIKULUM TN HJ ZULKIFLY BIN THAHIR

Pada Jumaat, 28 Julai yang lalu merupakan Hari Persaraan bagi GPK Kokurikulum Tn Hj Zulkifly bin Thahir, seorang guru yang telah banyak menabur jasa dan bakti di bumi bertuah SISMe. Kehilangan seorang guru seperti beliau amat dirasai oleh warga SISMe. 


Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kami di sini sentiasa mendoakan agar Tn Hj Zulkifly bin Thahir diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan serta ketenangan di dunia dan juga di akhirat. 


HARI KEBUDAYAAN JEPUN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2017

Pada 26 Julai 2017 telah berlangsungnya Program Hari Kebudayaan Jepun Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Melaka 2017 bersama Nihongo Partners Japan Foundation. Program ini telah menghimpunkan pelajar-pelajar Bahasa Jepun dari 5 buah sekolah di sekitar Melaka iaitu dari SMK Tinggi Melaka, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Ghaffar Baba, SMK Sultan Iskandar Shah, dan SMS Muzaffar Syah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

1. Kios Budaya Jepun
2. Bengkel dan Pertandingan Hasl Kraf Jepun
3. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah yang dirasmikan oleh En.Badrul Hisyam Bin Abdul           Rahman (Penolong Pengarah Unit PdP Bahasa Antarabangsa BPSBPSK)

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PT3 2017

Alhamdulillah...sebuah Program Motivasi Pelajar PT3 2017 iaitu salah satu program sarana ibu bapa telah berlangsung dengan jayanya seperti butiran berikut:

Tarikh : 26 Julai 2017 (Rabu)
Masa : 3.00-5.00 ptg
Tempat : Bilik Kuliah
Penceramah: Ustaz Fadly bin Samin



Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Irmasuryati Erman sebagai wakil Ibu Bapa SISMe di atas sumbangan dan keprihatinan terhadap kecemerlangan anak-anak SISMe. Semoga segala usaha diterima sebagai ibadah di sisi Allah..