SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Calon-calon SPM 2017..Tahniah!

Alhamdulillah pada Isnin 27 November 2017 yang lalu selesai sudah Peperiksaan SPM untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 2017. Selesai sahaja peperiksaan sempat diadakan ucapan ringkas Ketua Pelajar serta pemberian cenderahati calon SPM SISMe kepada guru-guru pengawas peperiksaan SPM. Warga SISMe mendoakan agar calon-calon SPM dianugerahkan kecemerlangan dalam SPM 2017 dan terus melakar kecemerlangan di dunia dan juga akhirat. InshaaAllah..



Pertandingan Drama Piala Pengarah Negeri Melaka

Pada 23 November 2017 telah diadakan Pertandingan Drama Piala Pengarah Negeri Melaka, Sekolah-Sekolah Negeri Melaka yang bertempat di Panggung Seri Kompleks JKKN Melaka, Ayer Keroh. Dalam pertandingan tersebut SISMe berjaya memenangi:

1. NAIB JOHAN NEGERI
2. Anugerah Pelakon Lelaki Harapan Terbaik (Ahmad Hanbal bin Liman)

Alhamdulilah dan tahniah diucapkan kepada para pelajar serta guru-guru pembimbing di atas pencapaian cemerlang ini.


Program PASCA PT3 2017

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan November ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar Tingkatan 3 selepas tamatnya peperiksaan PT3 pada Oktober yang lalu. Selain padat dengan program pengisian ilmu pelajar-pelajar Tingkatan 3 juga dihidangkan dengan pelbagai aktiviti menarik di luar serta di dalam sekolah. Semoga pengisian seperti ini dapat memberi banyak manfaat dan kenangan manis kepada para pelajar Tingkatan 3 SISMe. Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan & Kaunseling SISMe, Penyelaras Tingkatan 3, serta guru-guru yang terlibat menjayakan pelbagai program yang telah dirancang. 




Program Pasca PT3 - MATHELICIOUS

Alhamdulillah Program Pasca PT3 Mathelicious dapat di jalankan dengan jayanya oleh pelajar-pelajar tingkatan 3. Tujuan utama program Mathelicious ini di jalankan adalah untuk menggalakkan kecintaan dan minat yang mendalam terhadap subjek matematik khususnya. Pelajar tingkatan 3 enjoy dan bersemangat menjayakan program ini. Tahniah kepada pelajar dan guru pembimbing. Daebak!
 
 

 


PASCA PT3 DI MOZAC

Program 2R - Pasca PT3

Program kerjasama perlawanan persahabatan bola jaring di antara SISMe dan MOZAC melibatkan pelajar tingkatan 3 yang bertempat di Padang sekolah MOZAC. Semoga dengan usaha sama pertandingan persahabatan ini dapat mengeratkan ukhwah yang baik di antara pelajar , guru mahupun sekolah-sekolah SBP zon selatan khususnya Melaka. Inshaallah.





Basketball 3 on 3 Open Championship

Tahniah diucapkan kepada pasukan basketball SISMe serta guru pengiring yang terlibat dalam pertandingan Basketball 3on3 Open Championship peringkat Kebangsaan sempena National Horse Show 2017.

Keputusan:

1. Naib Johan U14
2. Naib Johan U16


Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2017

Alhamdulillah warga SISMe sekali lagi telah menunjukkan pencapaian gemilang dalam Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 yang diadakan di Universiti Utara Malaysia baru-baru ini. 

1. Tempat Ke-3 bagi kategori Kelab dan Persatuan Cemerlang Sekolah Menengah (Kelab Inovasi & Rekacipta)

2. Tempat Ke-3 bagi Kategori Pegawai Teknikal Cemerlang (En.Mohd Zamir bin Mohd Sharif)

Seluruh warga SISMe mengucapkan tahniah di atas pencapaian tersebut. Semoga warga SISme terus dianugerahkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Amin..


STREAM Showcase 2017

Pada 15 November 2017 program Science, Technology, Robotics, Engineering, Arts & Mathematics (STREAM) Showcase telah dilaksanakan dengan jayanya di SBPI Selandar. Program ini telah melibatkan semua pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4. 






Majlis Restu Ilmu Tingkatan 5

Pada 3 November 2017 telah dijalankan Majlis Restu Ilmu bagi pelajar Tingkatan 5. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan bermula pada Isnin 6 November 2017. Warga SBPIS mendoakan agar anak-anak Tingkatan 5 beroleh keputusan cemerlang dalam SPM 2017. Amin..