SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSS KAWASAN JASIN KALI KE 37 TAHUN 2012

Pada 27 Mac 2012, kejohanan balapan dan padang kawasan Jasin kali ke-37 telah membuka tirainya. Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari yang akan berakhir 29 Mac 2012, kejohanan telah diadakan di stadium Universiti Teknikal Melaka yang mana SBPI Selandar telah menjadi tuan rumah bersama SK Batang Melaka dan SRJK(C) Kiow Nam. Kejohanan telah bermula sejak 8.30 pagi yang telah dimulai dengan beberapa acara saringan. Meskipun hanya peringkat saringan, para peserta menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk melayakkan diri mereka ke peringkat akhir. Peringkat saringan tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari. Tepat jam 2 petang, majlis perasmian telah diadakan. Majlis dimulai dengan upacara perbarisan daripada setiap kontijen yang mengambil bahagian. Majlis ini kemudian dirasmikan oleh Yb. Datuk Perumal a/l Raju yang merupakan adun kawasan Bukit Asahan . Kemudian, Muhammad Nur Hakim bin Nawawi telah mengetuai bacaan ikrar selaku olahragawan 2011. Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan pelajar daripada SBPI Selandar.

CZECH SCHOOL VISIT 26-27 MARCH 2012

We feel exceptionally blessed and fortunate to be able to share these few days (26-27 March 2012) with our guests from Gymnazium K.V Raise, the Czech Republic. 2 teachers and 3 students (Mrs Lada Leszcowova, Mr Marian Solcansky and their 3 students, Tòmas, Martin and Voytech) arrived on 26 March from Singapore to attend the FRSIS 2012 organised by our counterpart, SMS Muzaffar Syah Melaka.

On behalf of the school we would like to take this opportunity to welcome our guests who have travelled from far to be with us these few days. It is a great pleasure for the family of SBP Integrasi Selandar to be able to entertain them.

For the two days, we had public speech session whereby students from both countries shared information about each other’s lives as students, played ‘congkak’, taught each other songs and traditional dances among many other things.

MAKLUMAN

Semua guru SBPIS di minta menghantar fail (SPH) Spesifikasi Pembelajaran Harian Kepada Pengetua Cemerlang pada 23-03-2-12 bersama dengan buku rekod mengajar. Terima kasih

Keputusan SPM 2011 Terbaik Dalam Sejarah Sekolah

SBPI Selandar 21-3-2012: Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Agung, kerana dengan KehendakNya, sekali lagi pelajar-pelajar SBPIS mencatatkan kecemerlangan yang amat membanggakan semua pihak dalam SPM 2011. Dengan mendapat gred purata sekolah (GPS) 1.78 melayakkan SBPIS mendapat kedudukan Ke-2 terbaik negeri Melaka. Berbanding keputusan SPM tahun-tahun lepas, SPM 2011 adalah yang terbaik dalam sejarah sekolah ini. Seramai 19 orang pelajar telah mendapat Straight A pada tahun ini, ada penurunan berbanding tahun lepas dari segi bilangan straight A. Walaubagaimanapun yang membanggakan adalah peningkatan mata GPS daripada 1.90 (2010) kepada 1.78 (2011).Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah sama-sama berusaha untuk mencapai keputusan yang sangat membanggakan ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada PIBG yang banyak memberi sokongan atas segalanya.

Pertandingan Sayembara Puisi Dan Lagu (Kawasan Jasin Merlimau 2012)

SBPI Selandar 20-03-2012: SBPIS sekali lagi diamanahkan untuk menjadi tuan rumah untuk kali ke-2 bagi pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Jasin (Kawasan Jasin & Merlimau) 2012. Seperti yang diduga SBPIS dapat sekali lagi mengekalkan prestasi pasukan naib Juara yang dimenangi pada tahun 2011.Walaupun begitu SBPIS memenangi kategori ciptaan lagu terbaik. SMK Sultan Iskandar Shah merangkul hampir kesemua kategori yang di pertandingkan, dan seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk tahun ini. Tahniah di ucapkan



Pelancaran Kempen Budi Bahasa Budaya Kita 2012

SBPI Selandar : Pelancaran Kempen Budi Bahasa Budaya kita telah diadakan pada 19-3-2012 bertempat di dewan gemilang SBPIS. Kempen yang dilancarkan pada setiap tahun ini adalah bertujuan untuk menanam dan menerapkan nilai-nilai murni dalam fikiran, hati budi dan perilaku para pelajar dan warga SBPIS. Selain itu untuk Memupuk budaya budi bahasa yang paling asas iaitu mengukirkan senyuman dan mengucapkan terima kasih.Kempen dirasmikan oleh Tuan Hj.Syarif Bin Ebok Penolong Kanan SBPIS.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR BAWAH 18 TAHUN ANTARA SBPIS DAN PIONEER JUNIOR SCHOOL, SINGAPORE

SBPIS, Melaka - SBPIS telah menerima kedatangan Pasukan Pioneer Junior School, Singapore pada 10 Mac 2012. Kunjungan tersebut, pihak sekolah telah mengadakan perlawanan persahabatan Bola Tampar Bawah 18 Tahun untuk pasukan Lelaki dan Perempuan. Adat pertandingan ada yang menang dan kalah. Keputusan kedua-dua perlawanan tersebut telah menyebelahi pasukan Pioneer Junior. Apa penting semangat pertandingan dapat ditonjol oleh pasukan SBPIS. Selain itu dapat merapatkan hubungan antara kedua pasukan dan sekolah . Keceriaan dan kegembiraan tergambar dalam kedua pasukan. Selamat Maju Jaya.




MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT KAWASAN JASIN 2012.

SBPIS 6 Mac 2012 – SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka telah diamanahkan sebagai pengelola Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah peringkat Kawasan Jasin bagi kategori sekolah menengah. Seramai 6 orang peserta dari SBPIS menyertainya, terdiri daripada 3 perempuan dan 3 lelaki.SBPIS sekali lagi melakar kejayaan dalam pertandingan ini, (Nurshuhadah binti Zuhaidi) johan syarahan bagi kategori (P),( NurSabrina Syasya ) Johan tilawah al-Qur’an, (Muhamad Muzakkir Bin Shahiran) Johan Hafazan, (Radna Nadhirah Bt Mohamad) Naib Johan Hafazan (P) dan (Muhamad Fakhrur Razi Bin Md. Mohiden) Naib Johan Tilawah al-Qur’an. Keseluruhannya SBPIS merangkul kejayaan hampir kesemua kategori yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan.

MESYUARAT PIBG DAN JAMUAN KELUARGA SBP.

SBPIS 3 March- Majlis makan tengahari keluarga SBP yang julung- julung kali diadakan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan perintis, yang mana hasrat pihak sekolah ingin menjadikan majlis yang sebegini acara tahunan yang disambut dengan penuh gilang-gemilang. Objektif utama adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim diantara ibubapa dan penjaga dengan warga pendidik dan staf sokongan sekolah. Program keluarga SBP peringkat SBPIS yang telah dilancarkan baru-baru ini, yang telah menetapkan setiap orang guru akan diberikan 10 orang anak angkat. Jadi majlis pada hari ini selain daripada menjamu selera dan beramah mesra dengan ibu bapa, ia merupakan perasmian keluarga SBP yang disempurnakan oleh Mantan YDP PIBG SBPIS. Pelbagai acara di persembahkan kepada tetamu yang hadir oleh para pelajar SBPIS yang sememangnya berbakat besar, diantaranya Nasyid, Nyayian solo, berkumpulan dan lain-lain lagi.

Acara Perasmian galeri Keluarga SBPI Selandar

Para tetamu menjamu selera

Mesyuarat PIBG kali Ke-10 berlangsung di Dewan Gemilang