SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

HARI TERBUKA ASRAMA 2017

Pada Isnin, 24 April 2017 telah diadakan Hari Terbuka Asrama di mana semua warga SBPIS dan ibu bapa pelajar dijemput untuk melawat kawasan asrama. 




Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah bertungkus lumus menghias dan menceriakan dorm masing-masing untuk tatapan para pelawat yang hadir. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua warden dan mentor dorm yang sentiasa memberi sokongan kepada para pelajar dalam menjayakan Hari Terbuka Asrama ini. Semoga semangat menjaga kebersihan dan keceriaan dorm seperti ini dapat diteruskan sepanjang tahun dan juga pada masa hadapan. InshaaAllah.. 

PROGRAM YOUNG INNOVATOR CHALLENGE 2017 (YIC 2017)

Pada 22 April beberapa orang pelajar Tingkatan 4 telah menyertai Program Young Innovator Challenge (YIC 2017) di UTEM, Melaka. 


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru-guru pengiring yang terlibat. Semoga lebih banyak program-program seperti ini dapat disertai oleh pelajar-pelajar SBPIS pada masa akan datang.

CERAMAH BEAUTY OF PHYSICS AND MATHEMATICS

Pada 22 April telah diadakan Ceramah Beauty of Physics and Mathematics melibatkan calon-calon SPM 1 dan SPM 2 2017. Selain calon-calon SPM 1 dan SPM 2, ceramah ini juga telah disertai oleh 39 orang pelajar dari SMK Nyalas dan 27 orang pelajar dari SMKA Sharifah Rodziah, Melaka. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Mohammad Nazri Abdul Halif di Dewan Tan Sri Abdul Rafie Mahat.



Semoga semua pelajar yang terlibat dapat menerokai keindahan fizik dan matematik bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga di persekitaran mereka. Tahniah diucapkan kepada Panitia Fizik dan Matematik yang menjayakan ceramah ini. Semoga terus sukses!

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB KEMAHIRAN HIDUP KT DAN ERT

Pada 22 April 2017 telah diadakan ceramah Teknik Menjawab Kemahiran Hidup KT dan ERT di bilik kuliah Ruslan Kassim. Ceramah yang melibatkan semua calon-calon PT3 2017 ini telah disampaikan oleh En. Zulkefli bin Md Jani, Ketua Pentaksir Negeri Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran Teknikal) merangkap Ketua Jurulatih Utama Matapelajaran Rekabentuk Dan Teknologi Negeri Melaka. 


Semoga ceramah ini dapat memberi banyak input kepada calon-calon PT3 2017. Tahniah diucapkan kepada GKMP serta guru-guru Kemahiran Hidup yang terlibat. Semoga matapelajaran KH KT dan ERT terus cemerlang di SBPIS.

KARNIVAL BAHASA SBPIS

Alhamdulillah pada 22 April telah berlangsungnya Karnival Bahasa SBPIS sempena bulan bahasa yang telah dirasmikan dengan jayanya pada dua minggu yang lepas. Karnival ini telah menggabungkan kesemua matapelajaran bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Jerman, Jepun dan Cina. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan para pelajar dari semua tingkatan dan bertempat di sekitar kawasan sekolah. Butiran aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Bahasa Melayu
Aktiviti: Pertandingan Debat Bahasa Melayu
Tempat: Dewan Tingkatan 3




Bahasa Inggeris
Aktiviti: Explorace
Tempat: Sekitar Blok Akdemik




Bahasa Arab
Aktiviti: Lu'bah Lughawiyah
Tempat: Foyer



Bahasa Antarabangsa
Aktiviti: Language Funfair
Tempat: Balai Merdeka

Bahasa Jepun

Bahasa Jerman

Bahasa Cina


Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Karnival Bahasa ini, para pelajar bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka di hujung minggu tetapi juga dapat belajar sambil bermain permainan pelbagai bahasa seperi explorace, kuiz dan sebagainya. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Pengetua, pentadbir, GKMP dan guru-guru bahasa SBPIS yang memberi sokongan sepanjang karnival ini berjalan. Semoga setiap usaha diberkati Allah. Amin..

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SBP INTEGRASI SELANDAR KALI KE 13 TAHUN 2017

Alhamdulillah


Majlis Anugerah Cemerlang SBPIS/SISME kali ke 13 tahun 2017 berjalan dengan lancar pada ketetapan 20 April 2017 / Khamis . Ucapan setinggi tahniah kepada semua penerima anugerah , pelajar mahupun guru . Kekalkan prestasi cemerlang di masa akan datang .



Majlis Anugerah Cemerlang SBPIS kali ke 13 telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Rahman bin Kasim , Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat & Pengerusi Yayasan Bank Rakyat





Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sokongan berterusan BPSBPSK, JPNM, PPDJ , guru-guru, AKP , pelajar , ibubapa dan PIBG SBPIS/SISME


Semoga SBPIS/SISME terus melahirkan generasi semerlang dari semua sudut 

 Inshaallah .

DIALOG PRESTASI PELAJAR SPM SISMe 2017

Alhamdulillah. Salah satu usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar SISMe adalah seperti pelaksanaan dialog prestasi pelajar SPM SISMe 2017 yang telah berlangsung dengan jayanya mengikut ketetapan berikut:
  • Kelas SPM 1/ 5 Al Razi pada 10 April 2017
  • Kelas SPM 1/5 Ibnu Sina pada 12 April 2017
  • Kelas SPM 1/5 Khaldun pada 17 April 2017
  • Kelas SPM 1/5 Biruni pada 18 April 2017
Pihak sekolah juga merakamkan jutaan terima kasih kepada para guru, kaunselor dan ibu bapa yang telah bekerjasama menjayakan program tersebut demi kebajikan anak-anak SISMe. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua pihak. InsyaAllah. 

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SISMe

Tahniah diucapkan buat pasukan bola jaring SISMe bawah 15 dan bawah 18 tahun atas kejayaan mereka dalam perlawanan bola jaring daerah Jasin, Melaka. 
Keputusan: 
Bawah 15 tahun - Johan
Bawah 18 tahun - Naib Johan


Terima kasih juga kepada guru pembimbing pasukan bola jaring SISMe atas usaha mereka membantu pasukan bola jaring meraih kejayaan. 

BENGKEL BAHAS BAHASA INGGERIS BERSAMA ALUMNI

Sekolah Berasrama Penuh Interasi Selandar dengan kerjasama Alumni Sisme telah mengadakan satu bengkel bahas bahasa Inggeris pada 18 April 2017. Terima kasih kepada Wafri Adi atas kesudian beliau berkongsi pengalaman dan ilmu. 
Diharap perkongsian ilmu sedemikian membantu meningkatkan potensi dan kemahiran diri kedua-dua pihak.

MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD 2017

Sekalung tahniah buat pelajar-pelajar dan para guru team inovasi SISMe kerana telah memenangi pingat Bronze dalam MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO) 2017. Program yang telah berlangsung pada 14-16 April 2017 diwakili oleh pelajar berikut:
  1. Muhammad Zakwan Nasir (5 Al Razi)
  2. Muhammad Afiq Al Hadi Mohd Hisham (5 Ibnu Sina)
MIYIO merupakan salah satu pencapaian antarabangsa SISMe yang melibatkan 69 buah SBP. Selain Malaysia, antara negara luar yang mengambil bahagian ialah Filipina, Ukraine, Thailand, Krygyzstan, Indonesia, Turkemnistan, Nigeria dan Tajikistan. Terima kasih juga buat guru pengiring dan guru team inovasi atas sokongan mereka.

INTELLECTUAL PROPERTY SUMMER CAMP PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Jasin Melaka adalah antara sekolah yang telah mengambil bahagian dalam program INTELLECTUAL PROPERTY SUMMER CAMP PERINGKAT KEBANGSAAN 2017. Program tersebut telah berlangsung di SMS Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14 April hingga 17 April 2017.
 Berikut adalah pencapaian pelajar SISMe dalam IP Summer Camp:

  1. Nik Muhammad Haikal Nik Azman (Silver)
  2. Muhammad Afiq Al Hadi Mohd Hisham (Bronze)
  3. Muhammad Zakwan Nasir (Bronze)

 Tahniah atas penglibatan anda dalam aktiviti-aktiviti yang sedemikian. 

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS 1119/1

Pada 14 April 2017 telah diadakan satu aktiviti akademik pelajar iaitu teknik menjawab kertas bahasa Inggeris 1119/1 di Dewan Tun Sri Haji Abdul Rafie Mahat, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin Melaka. Terima kasih kepada pihak sekolah terutama barisan guru-guru bahasa Inggeris yang telah berusaha mewujudkan aktiviti sedemikian bertujuan membantu pelajar SISMe meningkatkan kefahaman mereka dalam mempelajari teknik menjawab kertas bahasa Inggeris. 
 Terima kasih juga kepada penceramah jemputan yang sudi hadir berkongsi pengalaman dan kepakaran. Semoga usaha murni ini berterusan demi kecemerlangan anak bangsa.

BULAN 3K

❤Alhamdulillah




Pada bulan Mac yang lepas telah berlangsung bulan 3K bagi seluruh sekolah satu Malaysia. Antara program yang exco 3K sekolah berjaya rencanakan adalah Ceramah Kesedaran Talasemia , Latihan Kebakaran , Pameran Kesihatan , Pemeriksaan Kesihatan dan Ceramah Kesedaran Disiplin di kalangan pelajar oleh Inspektor Polis dari daerah Jasin. Program kebersihan dan keceriaan akan diteruskan sepanjang tahun iaitu yang melibatkan kebersihan seluruh kawasan sekolah dan kelas , kebersihan dan keceriaan kelas akan di nilai melalui piala pusingan mingguan persekolahan.









Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan bulan 3K 👍 

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK SISMe vs SMAHMY Rembau

Perlawanan persahabatan bola sepak antara SISMe dan SMAHMY Rembau telah berlangsung pada 12 April 2017 di padang sekolah SISMe.
Keputusan:
  • Pasukan U15: Menang 2-1
  • Pasukan U18: Seri 0-0
Tahniah pemain dan team bola SISMe.

PERTANDINGAN OISHI GREEN TEA "A Brush with Creativity"

Alhamdulillah.
Tahniah kepada salah seorang pelajar Straight A SPM 2016 SISMe iaitu Amirul Anas bin Assoli kerana telah memenangi Hadiah Utama dalam pertandingan OISHI Green tea anjuran kerajaan Jepun-Malaysia. Dengan memperolehi undian tertinggi meninggalkan pencabar dari peserta negara lain, Amirul Anas Assoli telah memenangi hadiah lumayan di atas kreativiti beliau menghasilkan storyboard masterpiece dengan menerima hadiah berupa:
  • Storyboard masterpiece yang dihasilkan Amirul Anas akan ditayangkan secara langsung di Channel Animax (Astro Channel 715).
  • Japan Anime Tour untuk 2 orang.
Terima kasih kepada guru-guru dan pihak sekolah yang banyak memberi sokongan kepada Amirul. Juga rakaman terima kasih buat pengundi di luar sana. Tahniah diucapkan sekali lagi.

KEJOHANAN BOLA KERANJANG SBP 2017

Keputusan pertandingan bola keranjang SBP 2017:
  1. Pasukan lelaki layak ke separuh akhir.
  2. Pasukan perempuan memenangi tempat ketiga.
Tahniah kepada semua pemain dan guru pembimbing. Teruskan perjuangan anda.

PROGRAM KOLABORASI SISMe DENGAN SMK NYALAS, JASIN MELAKA

Satu program kolaborasi SISMe dengan SMK Nyalas, Jasin Melaka telah berlangsung dengan jayanya di SMK Nyalas. Program yang diadakan bermula jam 800 pagi hingga 12.30 hari melibatkan sebilangan pelajar SISMe yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Program kolaboratif merupakan antara aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran terpilih. 




Moga semua pelajar mendapat manfaat daripada program ini. Terima kasih kepada guru pembimbing dan juga guru pengiring.

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU RAMLI ABDULLAH

TAHNIAH di atas pelantikan Cikgu Ramli Abdullah sebagai Pengetua STHAM yang baru. Maka dengan pelantikan tersebut, secara rasminya Cikgu Ramli Abdullah melepaskan jawatan sebagai Penolong Kanan Akademik SISMe berkuatkuasa 3 April 2017. Sungguhpun berat untuk warga SISMe melepaskan beliau, namun Cikgu Ramli Abdullah tetap di hati SISMe.



Semoga Cikgu Ramli Abdullah yang lebih dikenali sebagai "boss tapi mesra" dalam kalangan warga pendidik SISMe dipermudahkan urusan di sekolah baru. Terima kasih yang tidak terhingga dari semua warga SISMe kepada PK yang telah banyak menabur budi kepada sekolah. 

PENCAPAIAN KELULUSAN 100% SPM 2016

Alhamdulillah.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Melaka adalah antara sekolah yang menerima sumbangan sebanyak RM5000 atas kejayaan pihak sekolah memperolehi kelulusan 100% dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2016. Selain itu, majlis yang telah berlangsung di MITC Melaka pada 6/4/2017 juga menyaksikan pelajar SISMe yang berjaya memperolehi Straight A dalam SPM 2016 menerima sumbangan sebanyak RM1000 setiap seorang disampaikan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ir. Idris Haron. 
Semoga kecermerlangan anda memberi inspirasi kepada semua. Tahniah sekali lagi. 

KEJOHANAN CATUR MSS NEGERI MELAKA 2017

Tahniah kepada 2 orang pelajar SISMe yang akan mewakili Kejohanan Catur MSSM Peringkat Kebangsaan di Pahang iaitu Muhammad Irsyad Najihan Ridhwan (Bawah 15) dan Muhammad Hakimi bin Haini (Bawah 18).  

Kejohanan catur tersebut telah berlangsung di SK Gangsa, Batu Berendam Melaka pada 4,5 dan 6 April 2017. Tahniah juga kepada team catur SISMe.

CERAMAH MOTIVASI OLEH PENGETUA SISMe

Alhamdulillah, 

Pengetua SBP Integrasi Selandar -SisMe iaitu Tn Hj Baharuddin Husin merangkap Timbalan Pengerusi GAGASAN PENDIDIKAN MELAYU MELAKA telah sudi berkampung selama 3 hari  di Parlimen Pekan Pahang Darul Makmur atas jemputan ceramah motivasi terhadap pelajar di 3 buah sekolah iaitu:

1. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak [INSTAR], Pekan, Pahang DM
Tarikh 30.03.2017 [Khamis]
Masa : 07.30mlm- 12.00tmlm

2.SMK Dato' Mahmud Mat, Pekan, Pahang DM
Tarikh : 31.03.2017 [Jumaat]
Masa: 07.30pagi-12.00thari

3. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah [SHAH],Pekan, Pahang DM
Tarikh: 01.04.2017 [Sabtu]

Masa: 08.00pagi-12.00thari  
Semoga warga sekolah terus cemerlang dunia dan akhirat. 

BENGKEL MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2017 SIRI 1

Bengkel menjawab soalan pendidikan Islam SPM 2017 Siri 1 telah berlangsung di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin Melaka pada 1/4/2017. 


Sekalung penghargaan buat penceramah jemputan dan para guru yang memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Ribuan terima kasih juga kepada pelajar yang telah bekerjasama dengan jayanya sepanjang pelaksanaan program berlangsung. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada program tersebut. InsyaAllah.

PROGRAM NADI KASIH MURID PROJEK KHAS (FIZIK) SBP

SEKITAR PROGRAM NADI KASIH MURID PROJEK KHAS (FIZIK) SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2017


Tarikh : 30 Mac 2017-1 April 2017
Tempat : SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT)