SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

CERAMAH BEAUTY OF PHYSICS AND MATHEMATICS

Pada 22 April telah diadakan Ceramah Beauty of Physics and Mathematics melibatkan calon-calon SPM 1 dan SPM 2 2017. Selain calon-calon SPM 1 dan SPM 2, ceramah ini juga telah disertai oleh 39 orang pelajar dari SMK Nyalas dan 27 orang pelajar dari SMKA Sharifah Rodziah, Melaka. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Mohammad Nazri Abdul Halif di Dewan Tan Sri Abdul Rafie Mahat.



Semoga semua pelajar yang terlibat dapat menerokai keindahan fizik dan matematik bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga di persekitaran mereka. Tahniah diucapkan kepada Panitia Fizik dan Matematik yang menjayakan ceramah ini. Semoga terus sukses!