SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

HARI TERBUKA ASRAMA 2017

Pada Isnin, 24 April 2017 telah diadakan Hari Terbuka Asrama di mana semua warga SBPIS dan ibu bapa pelajar dijemput untuk melawat kawasan asrama. 




Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah bertungkus lumus menghias dan menceriakan dorm masing-masing untuk tatapan para pelawat yang hadir. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua warden dan mentor dorm yang sentiasa memberi sokongan kepada para pelajar dalam menjayakan Hari Terbuka Asrama ini. Semoga semangat menjaga kebersihan dan keceriaan dorm seperti ini dapat diteruskan sepanjang tahun dan juga pada masa hadapan. InshaaAllah..