SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2014 PERINGKAT SBPIS

29 Ogos 2014 - Warga SBPIS menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 dengan semangat patriotisme tinggi serta kental menghadapi apa jua cabaran selepas bangkit dari kedukaan tragedi MH17. Sambutan bertemakan “Malaysia…Di sini lahirnya sebuah cinta” di Dataran Wawasan dihadiri oleh semua warga SBPIS. Sambutan kemerdekaan yang dibuat secara sederhana ini bagi menghormati tragedi pesawat MH17.

Sambutan kemerdekaan ini dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan ucapan Pengetua Cemerlang sebelum diakhiri dengan bacaan Tahlil dan Surah Yassin serta doa kesejahteraan untuk warga Malaysia.

Berucap pada majlis berkenaan, Encik Karim bin Bayok, Pengetua Cemerlang SBPIS berkata setiap pihak harus memahami frasa “Malaysia..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” yang menjadi tema pilihan sambutan kali ini. Katanya, masing-masing perlu menjadikan ia sebagai panduan dan pedoman dalam memastikan negara Malaysia yang disayangi ini terus terpelihara dengan keamanan dan keharmonian yang sentiasa menjadi teras kepada kesejahteraan rakyat. 

PERJUMPAAN FELLOW KANAN SBT BERSAMA CALON SPM SBPIS

25 Ogos 2014, Puan Hjh. Junaidi, Fellow Kanan SBT bertemu dengan calon SPM SBPIS 2014 di Dewan Gemilang pada jam 3.30 petang. Ini bertujuan untuk menyuntik semangat para pelajar sebagai langkah terakhir bagi menghadapi SPM. 


Immersion Skor 100% A+ Sejarah SPM

21 Ogos 2014, seramai 40 orang pelajar SBPIS memenuhi jemputan dari MRSM Tun Ghafar Baba Jasin bagi Program "Immersion" Skor 100% A+ Sejarah SPM dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Melalui program tersebut pelajar-pelajar ditekankan dengan memperkasakan I-Think dan KBAT dalam pembelajaran sejarah.


Lawatan Pemantauan Fellow Kanan SBP OLEH IAB

18 Ogos 2014, lawatan pemantauan Fellow kanan SBP oleh Dr. Zainab binti Hussain wakil Institut Aminuddin Baki.



Bengkel Bola Keranjang SBPIS oleh pemain KL Dragon Malaysia

Unit Kokurikulum SBPIS di bawah kelolaan Kelab Sukan Bola Keranjang telah berjaya menganjurkan Bengkel  Bola Keranjang untuk pemain-pemainnya pada 16 Ogos 2014 jam 8.00 pagi. Bengkel tersebut telah mendapat tajaan dari And 1, MILO, The Star Metro dan One fm dengan mendapatkan khidmat nasihat dan latihan daripada pemain pasukan negara bola keranjang iaitu Ng Sing Tee, point guard KL Dragon Malaysia dan Choo Wei Hong, small forward Kl Dragon Malaysia. Tahniah atas penganjuran bengkel tersebut !.

Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

16 Ogos 2014, Panitia Bahasa Melayu SBPIS telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM bertempat di Dewan Gemilang. Teknik –teknik menjawab itu dikongsikan oleh Dr. Ghazali Lateh yang merupakan penulis cerpen Kasut Kelopak Jantung merangkap Pensyarah Kanan di UPM. Beliau menyarankan pelajar-pelajar menggunakan kaedah mengaranng menggunakan formula.

PelancaranSambutan Bulan Kemerdekaan SBPIS 2014


8 Ogos 2014 - SBP Integrasi Selandar telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia kali ke 57 yang bertemakan "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ". Program-program tersebut diadakan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air di samping menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air. Semua aktiviti yang dijalankan melibatkan semua pelajar dan dikendalikan oleh Panitia Sejarah. 



Di antara yang menarik semasa majlis pelancaran tersebut ialah ucapan GKMP Kemanusian SBPIS; Encik Shahrul Azha bin Sharif yang memberi suntikan semangat dan kesedaran kepada warga SBPIS. Kata-kata beliau menjadi sumber inspirasi untuk menghargai kebebasan, keamanan dan kemerdekaan negara. Bersamalah kita hayati ucapan beliau  :