SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Program Kursus Kepimpinan Badan Pengawas SBP Integrasi Selandar dan SK Batang Melaka 2011

Pada 18 Februari 2011, telah diadakan program kempimpinan antara dua buah badan pengawas SBPIS & SKBM sehingga 19 Februari 2011. Sesi pendaftaran telah diadakan di Balai Merdeka, SBPI Selandar dan seramai 28 orang pelajar telah berdaftar. Aktiviti diteruskan lagi dengan program ‘1 pengawas 1 sukan’. Pihak perempuan telah mengadakan permainan ‘belalang dan belatuk’ manakala permainan baling selipar dilakukan oleh pelajar lelaki.

Bertempat di Surau Al-Karim , SBPI Selandar telah dijalankan forum perdana yang dipanel oleh Ustazah Haryati bt Arshad, Syed Muhammad Syafiq dan saudara Muhammad Asyraf Ibrahim. Forum tersebut tamat pada jam 9.15 malam. Aktiviti diteruskan lagi dengan program perkongsian pintar yang diadakan di bilik mesyuarat. Di situ juga para pengawas SBPIS memperkenalkan sistem pentadbiran badan pengawas 2010/ 2011.

Pada keesokan harinya, para pengawas telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang program dijalankan. Program ini telah diakhiri dengan majlis penutupan rasmi yang dihadiri oleh beberapa orang pentadbir sekolah SBPIS serta guru-guru SBPIS dan SKBM.


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1432H

Bagi mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, SBP Integrasi Selandar dengan kerjasama Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR) telah mengadakan Program Sambutan Maulidul Rasul peringkat SBPIS 1432H .

RASIONAL PROGRAM

-Mengingati hari Kebesaran Islam.

-Mengingati tarikh lahir Rasulullah S.A.W.

-Menghubungkan silaturahim dan mengeratkan ukhuwah antara guru dan pelajar

OBJEKTIF PROGRAM

-Memupuk rasa cinta kepada Rasulullah.

-Mengagungkan hari kebesaran Islam.

Tarikh : 18-02-2011

Hari : Jumaat

Jam : 7:45 Pagi- 11:00 Pagi

Tempat : Dewan Gemilang SBPIS

Diharapkan program ini dapat menanam kecintaan kepada Rasullullah S.A.W, menambahkan ilmu mengenai Sunnah Rasulullah S.A.W dan mengingati Hari Kelahiran Baginda.




PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 PENGAMBILAN KEDUA 2011

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU PENGAMBILAN KEDUA

TARIKH : 16 FEBRUARI 2011

HARI : RABU

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT: BALAI MERDEKA SBPIS

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU BAGI PENGAMBILAN KE 2 SBPIS ADALAH SERAMAI 14 ORANG YANG TERDIRI DARIPADA 8 ORANG LELAKI DAN 6 ORANG PEREMPUAN. PELAJAR DARI NEGERI MELAKA SERAMAI 8 ORANG, NEGERI SEMBILAN 3 ORANG, NEGERI SELANGOR SEORANG , KUALA LUMPUR SEORANG DAN NEGERI SARAWAK SEORANG.





Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 1432H

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 1432H diadakan pada 15 Februari 2011 (Selasa) bermula jam 7.00 pagi. Acara selawat dan perarakan akan dimulakan dari Stadium Hang Tuah (Kubu) ke Masjid Al-Azim, Bukit Palah.

Kontijen Perarakan SBPIS

Kempen Galakan Membaca Peringkat SBPI Selandar 2011

Kempen Galakan Membaca peringkat SBPI Selandar 2011 Dan Penyerahan Kad Pembaca

Anjuran: Pusat Sumber SBPI Selandar

Tarikh: 14-02-2011


Ucapan Perasmian Oleh Tuan Haji Syarif Bin Ebok





PROGRAM KERJASAMA FKSBI - SBPIS


Forum Kerjasama diantara Sekolah Bertaraf Internasional Provinsi Riau dan Sbp Integrasi Selandar akan diadakan pada 8 March 2011, seramai 12 orang deligasi Sbi Provinsi Riau akan berkunjung ke Sbp Integrasi Selandar. Semoga program kerjasama ini memberi manfaat yang tidak ternilai dalam usaha memartabatkan institusi pendidikan Malaysia- Indonesia.

-SELAMAT DATANG -

5 BINTANG Smart School Qualification Standard 2010







Bulan Sains Dan Matematik 2011

Pelancaran bulan Sains dan Matematik diadakan pada hari ini 8-02-2011, program ini dianjurkan oleh panitia Sains Dan Matematik sbpi Selandar bertemakan Sains dan matematik menjana Minda kreatif dan Inovatif. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan, perpengetahuan dan meningkatkan kemampuan pelajar dalam bidang Sains dan matematik.




MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4 2011



Pada 7 Februari 2011 telah berlangsungnya Hari Pendafaran Pelajar Tingkatan Empat. Seramai 63 orang pelajar telah mendaftar di sekolah ini. Pendaftaran bermula seawal pukul 8:00 pagi. Selepas itu ibu bapa dan para pelajar telah mendengar taklimat daripada pentadbir yang dimulai dengan taklimat HEM oleh En Ramli bin Abdullah, taklimat akademik oleh Tn Hj Sharif Bin Ebok, taklimat PIBG oleh Tn Hj Haleem Bin Wahab, YDP PIBG dan taklimat sekolah daripada En Karim Bin Bayok, Tuan Pengetua Cemerlang SBPI Selandar dan diakhiri dengan sesi soal jawab oleh ibu bapa. Sesi diteruskan dengan kutipan yuran dan urusan di asrama. Diharapkan para pelajar dapat menyesuaikan diri di SBPI Selandar dan bersama-sama menyumbangkan kepada kecemerlangan sekolah.

Pelajar Mendaftar.


Taklimat dari Tuan Pengetua Cemerlang.