SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Program Dengue Patrol SBPIS

SBPI Selandar telah terpilih untuk mewakili negeri Melaka dalam pertandingan Dengue Patrol peringkat kebangsaan 2015. Justeru, Unit Kesihatan di bawah seliaan Unit HEM SBPIS telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan program. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari http://denguepatrolsbpis.blogspot.sg/  .

Kami juga amat memerlukan kerjasama semua pihak untuk bersama-sama dengan kami memerangi Aedes secara menyeluruh. Sebagai tanda sokongan daripada pihak tuan puan kepada usaha kami memerangi Aedes, kami memohon jasa baik anda untuk membantu sekolah kami dalam item di bawah ini :


Sila like dan komen mengenai aktiviti yang kami lakukan.

MAJLIS PERASMIAN ZOOMERS KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Melaka,15 September 2015 - Majlis Perasmian Zoomers Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah, Peringkat Kebangsaan 2015 oleh YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya , Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Jasin, Melaka. Zoomers Kelab Doktor Muda merupakan aktiviti yang diadakan untuk mempromosi program Kelab Doktor Muda kepada semua sekolah bagi meningkatkan amalan kesihatan di kalangan murid sekolah. Objektif Program Zoomers ini adalah untuk meningkatkan bilangan Sekolah Doktor Muda, Meningkatkan keahlian Kelab Doktor Muda, Mengukuhkan kerjasama pintar di antara Kementerian Kesihatan & Kementerian Pendidikan, Menarik minat penglibatan agensi bukan kerajaan (NGO), swasta seterusnya Melestarikan Program Doktor Muda.















Majlis Perasmian SISMe


5 September 2015 melakar sejarah baru bagi warga SBPI Selandar melalui Majlis Perasmian penubuhannya setelah melangkaui 12 tahun usianya. Wajah ceria majlis ini terserlah dengan kehadiran dan perasmiannya oleh Yang Berhormat Encik Md  Rawi bin Mahmud, wakil rasmi Ketua Menteri Melaka merangkap Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi. 



Majlis ini dilaksanakan dengan beberapa tujuan berikut : 
  • Merasmikan penubuhan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SISMe).
  • Memperkenalkan kecemerlangan SISMe di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Merapatkan hubungan silaturrahim antara sekolah dan ibu bapa.
  • Mewujudkan jalinan antara SISMe dengan jabatan kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.














SBPIS Dinobatkan Calon Anugerah Sekolah Cemerlang - Kelab Doktor Muda Kebangsaan

Konvensyen Kebangsaan Kelab Doktor Muda Kali Ke Enam 2015 yang berlangsung dari 11 - 14 Ogos 2015 bertempat di UiTM Kampus Puncak Alam,Selangor telah menobatkan SBPI Selandar sebagai Calon Anugerah Sekolah Cemerlang dan bakal menjadi tuan rumah pada bulan september akan datang.



Gold Award Untuk SBPIS Dalam International Futere Scientists Conference 2015

5 pelajar SBPIS telah menyertai International Futere Scientists Conference 2015 bertempat di Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia. Persidangan ini berlangsung dari 3 - 5 Ogos 2015.Tahniah buat peserta dan guru SBPIS yang berjaya membawa pulang anugerah Emas !.

 

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Sempena Aidil Fitri

14 Julai 2015, Unit Kebajikan SBPIS telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hai Raya sempena Aidil Fitri. Terima kasih juga dirakamkan kepada Alumni SBPIS Bacth 2007 atas sumbangan mereka.

Kembara SBPIS Ke Masjid



Badan Dakwah dan kerohanian (BADAR) SBP Integrasi Selandar di bawah seliaan Panitia Pendidkan Islam dan Unit HEM telah mengadakan Kembara Masjid di Masjid As-Sakinan, Kuala Sungai Baru, Melaka pada 27 - 28 Jun 2015. Kerjasama JKKK dan penduduk kampung sangat dihargai.



Wajah - wajah Ceria di Majlis Sambutan Hari Guru SBPIS 2015

Program                : Sambutan Hari Guru Peringkat SBPIS
Tarikh                   : 18 Mei 2015 - Isnin
Tema Hari Guru   : Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema Pakaian       : Kalau Aku Bukan Guru





Panitia Bahasa Melayu SBPIS - Pendekatan Adab Berbahasa Dalam P&P Tatabahasa

Panitia Bahasa Melayu SBPIS telah melaksanakan bengkel "Pendekatan Adab Berbahasa Dalam P&P Tatabahasa" bagi para gurunya. Bengkel yang dijalankan pada 15 Mei 2015 dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berkongsi ilmu bersama Encik Mohamad bin Musip.



SBPIS mewakili Zon Selatan Ke National Academic Decathlon 2015 Malaysia pada Mei ini


Malaysian Institute For Debate & Public Speaking (MIDP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan program National Academic Decothlon Malaysia 2015 buat julung kalinya.  Peserta bertanding di dalam bebearapa kategori pertandingan iaitu : writing, Brain Challenge, Debate, Group Chellenge & Public Speaking. Topik dan tema pertandingan berkisar General Knowledge, Nationalism, Economics, Current Issues & World History.


SBPI Selandar diwakili tiga pelajar iaitu Nurul Hidayu, Aliah Syafirah dan Nur Aisyah telah menyertai pertandingan tersebut bagi pemilihan peserta Zon Selatan pada 1- 2 Mei 2015 di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Kemenangan pelajar tersebut mendapat tempat keempat melayakkan mereka mewakili Zon Selatan ke NAD Malaysia Kebangsaan nanti. Program yang bertaraf antarabangsa ini dijangka bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib pada majlis penutupnya 12 Mei nanti. Pasukan yang berjaya diperingkat zon akan bertanding di peringkat kebangsaan " World Scholar's Cup Pusingna Global"di Kuala Lumpur pada bulan Mei dan seterusnya yang terbaik  akan bertanding di peringkat antarabangsa di " Tournament Of Champion" di Yale University, Amerika Syarikat pada bulan November.

SBPIS Raih Anugerah Gangsa dalam iidex2015 di UiTM


SBPI Selandar menerima pengiktirafan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila berjaya memperolehi satu pingat gangsa dalam Invention Innovation & Design Exposition (iidex) 2015 yang berlangsung pada 27 hingga 30 April 2015 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.

Di bawah bimbingan dan seliaan Cikgu Mastura binti Bujal ia mempamerkan projek yang bernama "GreenlifeSaver". Tahniah dan syabas kepada penyelidik !