SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Majlis Graduasi Kali ke-13

Pada 28 Oktober 2017 telah diadakan Majlis Graduasi Kali ke-13 di Dewan Tan Sri Hj Abdul Rafie Mahat, SBPI Selandar. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kecemerlangan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 sepanjang tahun ini. Tahniah diucapkan.



Majlis Anugerah HEM & Kokurikulum

Pada 27 Oktober 2017 telah diadakan Majlis Anugerah HEM & Kokurikulum di Dewan Tan Sri Hj Abdul Rafie Mahat, SBPI Selandar. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kecemerlangan yang telah dicapai oleh warga SISMe sepanjang tahun ini khususnya dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga warga SISMe terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. 

Program IP Summer Camp Peringkat Kebangsaan 2017

Pada 12-15 Oktober 2017 SBPI Selandar telah menjadi tuan rumah peringkat Kebangsaan bagi Program Intellectual Properties (IP) Summer Camp 2017. Program anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Kecemerlangan & Sekolah Berasrama Penuh (BPSKSBP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO ) ini telah berjaya menghimpunkan seramai 190 orang pelajar-pelajar Tingkatan 3 daripada Sekolah-sekolah Berasrama Penuh seluruh negara. Program yang berlangsung selama 4 hari ini telah mendapat penyertaan aktif daripada para pelajar. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah IP Talk, IP Walk dan juga IP Explorace.