SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Program IP Summer Camp Peringkat Kebangsaan 2017

Pada 12-15 Oktober 2017 SBPI Selandar telah menjadi tuan rumah peringkat Kebangsaan bagi Program Intellectual Properties (IP) Summer Camp 2017. Program anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Kecemerlangan & Sekolah Berasrama Penuh (BPSKSBP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO ) ini telah berjaya menghimpunkan seramai 190 orang pelajar-pelajar Tingkatan 3 daripada Sekolah-sekolah Berasrama Penuh seluruh negara. Program yang berlangsung selama 4 hari ini telah mendapat penyertaan aktif daripada para pelajar. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah IP Talk, IP Walk dan juga IP Explorace.