Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bawah 16 Tahun merupakan salah satu daripada acara tahunan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) yang mana merupakan platform bagi murid-murid perempuan SBP menonjolkan bakat dalam bidang sukan Bola Jaring. Sekolah Seri Puteri telah diberi mandat bagi menjadi tuan rumah kejohanan ini untuk edisi ke-4 pada 9 - 13 April 2014. Sebanyak 62 buah pasukan dari seluruh SBP akan bersaing untuk menentukan gelaran juara bagi setiap divisyen. Kejohanan edisi ke-4 ini melibatkan persaingan merebut Piala Toh Puan Masnora Bt Abdul Hamid, seorang aktivis masyarakat yang telah sudi menyumbang piala pusingan.