SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA SBPIS 2014

              Bahasa merupakan alat komunikasi. Bahkan ia dianggap sarana dalam membina tamadun sesuatu bangsa dan negara. Tanpa alat komunikasi yang berkesan, segala hasrat dan tindak-tanduk sesebuah kerajaan akan mengalami kekangan malahan boleh mewjudkan jurang komunikasi dan salah maklumat.
             Sehubungan itu, Majlis Pelancaran dan Perasmian Bulan Bahasa telah diadakan pada 7 April 2014 di Dewan Gemilang, SBPIS bermula jam 7.20 pagi yang melibatka semua guru dan pelajar.
               Selari dengan tema "KBAT Merentasi Bahasa" Bulan Bahasa 2014 ini diharap dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang kebahasaan dan mempertingkatkan pengetahuan bahasa. Diharap juga dapat melahhirkan pelajar yang mengimplementasikan kemahiran-kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
             Majlis pelancaran dan perasmian tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar deklamasi sajak Bahasa Melayu bertajuk Arkitek Kota dan poem English berjudul The Midst Of Hardship. Dalam ucapan perasmian Pengetua Cemerlang Encik Karim bin Bayok menyeru semua pihak menyokong dan memberi kerjasama untuk menjayakan Blan Bahasa. Menurut beliau, guru-guru bahasa perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memperkasakan penggunaan bahasa yang pelbagai di kalangan pelajar terutamanya kemahiran komunikasi dengan menyajakan program pengucapan awam.

Sorotan peristiwa