SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS GRADUASI SBPIS KALI KE 12


24 OKTOBER 2016
Bertempat di Dewan Gemilang SBPIS


  • OBJEKTIF PROGRAM :
    1. Menghayati visi, misi dan falsafah Sekolah Berasrama Penuh.
    2. Dapat menyediakan set minda pelajar cemerlang dan bersaing dengan pelajar di SBP lain.
    3. Berupaya untuk mengawal diri dan emosi supaya dalam keadaan tenang dan harmoni untuk menghadapi peperiksaan SPM.
    4. Sentiasa yakin dan mempunyai motivasi kendiri untuk cemerlang.
    5. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lain supaya terus cemerlang.

  • SASARAN : Pelajar Tingkatan 5 SBPIS 2016 (128 orang pelajar)
  • IMPAK :

    Majlis Graduasi Kali Ke 12 ini telah memberi impak yang berkesan kepada semua pihak iaitu:


  1. Majlis ini telah dapat menyedarkan betapa pentingnya peranan guru dan pembantu pengurusan murid yang bukan sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak didik semasa aktiviti yang dijalankan semasa majlis graduasi ini.

  2. Majlis ini telah dapat menimbulkan rasa gembira dan bangga dalam kalangan semua pihak khasnya para jawatankuasa tentang betapa segala keringat yang dicurahkan kepada persediaan dan persiapan majlis ini telah dapat dinikmati apabila majlis dapat berjalan dengan baik.

  3. Majlis ini telah membuka mata semua pihak khasnya kepada pihak yang optimis dan sinis dengan kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi.

  4. Majlis ini telah dapat memberikan pengalaman yang indah dan bermakna kepada seluruh murid sebagai Sekolah Berasrama Penuh yang berprestasi tinggi yang berjaya. Semoga pengalaman ini akan menjadi kenangan manis mereka sepanjang hayat dan pembuka semangat kepada kecemerlangan pada masa hadapan.