SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

LAWATAN SK BELIMBING DALAM MELAKA

SBPIS: 22 Mei 2012 seramai 65 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam Melaka diiringi 3 orang guru telah mengadakan lawatan penandaarasan,yang bertujuan untuk mengetahui serba sedikit berkaitan dengan sekolah berasrama penuh dari sudut pengurusan sekolah, akademik, kehidupan di asrama dan sebagainya. Mereka diberikan penerangan ringkas berkaitan sekolah oleh Penolong Kanan Tuan Haji Syarif Bin Ebok. Semoga para pelajar SK Belimbing Dalam mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang akan dihadapi pada tahun ini.

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

SAMBUTAN  HARI GURU 2012
Peringkat SBPI Selandar
Tarikh:16 Mei 2012
Masa: 7:15 pagi-2:00 Petang
Tema: 1Malaysia.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Pelajar-pelajar SBPIS selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012, semoga mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan anda menjadi kebanggaan kami semua sebagai warga pendidik SBPIS. Buat yang terbaik jangan hampakan harapan dan pengorbanan kedua ibu-bapa anda.

PERTANDINGAN OLYMPIAD ANTARABANGSA PEREKA MUDA MALAYSIA (MIYIO2012) AND INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION & INNOVATION EXHIBITION ( I –ENVEX) DI UNIMAP , KANGAR PERLIS

Seramai 4 orang pelajar diiringi oleh PN Hjh Rafidah Hj Kemat telah berjaya mempamerkan hasil projek mereka. Pencapaian mereka adalah seperti berikut
                          NAMA PELAJAR
TING
PENCAPAIAN
WAN FUQHAIRHA HUSAED BIN ADNAN
5 EDISON
BRONZE PRIZE
MUHAMMAD LUQMAN ARIF BIN MOHD ZAINUD-DIN
5 EDISON
BRONZE PRIZE
ABDUL WAFI BIN ABD. RAZAK
5IBNUSINA
SILVER PRIZE
MUHAMMAD HELMI HAMEZAN BIN SHAIZAN
5 EDISON
SILVER PRIZE


FESTIVAL CATUR ANTARABANGSA MELAKA 2012 SEMPENA SAMBUTAN MELAKA 750 TAHUN

Seramai 4 orang pelajar SBPIS telah menyertai  Festival ini dengan diiringi oleh En Mohd Husin Abd Rahman dan Pn Hjh Rafidah Hj Kemat selaku guru penasihat catur.  Pertandingan bermula  pada 23 April 2012 sehingga 30 April 2012.  Pertandingan ini diadakan  di Grand Ball Room , Hotel Warisan  Dunia Hang Tuah . Nur Hidayah Mazlan telah dinobatkan  sebagai pemain terbaik Melaka  yang menggondol  RM 250.00 di mana  mencapai tempat ke 7 ( bawah 18 tahun) manakala  Mohamad Amirull Yahya telah mencapai tempat ke 16 dalam kategori   bawah 16 tahun..  Selebihnya Madihah Abd Razak dan Effa Affiana Ishak   mendapat sijil Penyertaan sahaja. Bagi pihak sekolah, mengucapkan tahniah dan bagi yang kurang berjaya diharap tidak  berputus asa. Selain itu, mereka  adalah golongan yang dapat melakari  sejarah SBPIS yang pertama memasuki  acara catur bertaraf antarabangsa.  SYABAS.