SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

HARI KOKURIKULUM SBPIS 2017

Pada 21 hingga 23 Julai 2017 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Hari Kokurikulum SBPIS bagi tahun 2017. Program Hari Kokurikulum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aktiviti-aktiviti perkhemahan selain melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan antara unit beruniform sekaligus memberi peluang kepada pelajar untuk menambah merit dalam borang PAJSK mereka nanti.

Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti perkhemahan berjalan:

Hari Pertama
Jumaat, 21 Julai 2017

Pada hari pertama pelajar-pelajar telah mula membuat persiapan memasang khemah dan pintu gerbang khemah masing-masing. Selain itu pelajar juga membuat persiapan untuk pertandingan mini gadjet yang akan dijalankan pada keesokan hari.




Hari Kedua
Sabtu, 22 Julai 2017

Pertandingan Masakan Inovasi
Tempat: Balai Merdeka

Pertandingan Memasak Cara Rimba
Tempat: Padang sekolah

Malam Kokurikulum 
Aktiviti: BBQ & Tayangan filem

Hari Ketiga
Ahad, 23 Julai 2017

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YDP PIBG SBPIS iaitu En.Noorsuhaily bin Ali@Md Noor. Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.



Tahniah diucapkan kepada pasukan Kadet Remaja Sekolah kerana menyandang gelaran Pasukan Unit Uniform Terbaik Keseluruhan bagi Hari Kokurikulum SBPIS pada kali ini. Semoga aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan dapat memberi manfaat kepada seluruh pelajar SBPIS yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. 

Tahniah juga diucapkan kepada Tuan Pengetua, GPK Kokurikulum Tn Hj Zulkifly bin Thahir, Unit Kokurikulum SBPIS, serta guru-guru unit beruniform di atas pimpinan dan komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan Hari Kokurikulum SBPIS 2017 ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang.


DIALOG PRESTASI SPM/1 2017

Pada 20 Julai 2017 telah berlangsung dengan jayanya Dialog Prestasi SPM/1 2017 seperti ketetapan berikut:

Kelas: SPM/1 5 Al-Razi
Tempat: Bilik Seminar

Kelas: SPM/1 5 Ibnu Sina
Tempat: Bilik Tayang 1

Kelas: SPM/1 5 Ibnu Khaldun
Tempat: Bilik Kuliah

Kelas: SPM/1 5 Al-Biruni
Tempat: Dewan Tan Sri Rafie Mahat




Selain bertujuan untuk membincangkan prestasi calon-calon SPM 2017, melalui Dialog Prestasi ini juga pihak sekolah menerima baik beberapa cadangan program dari pihak ibu bapa. Antara yang dipersetujui oleh ibu bapa calon SPM/1 adalah untuk memohon pihak sekolah menganjurkan kursus motivasi kepada pelajar-pelajar SPM dan PT3 terutama dalam topik pengurusan masa di saat akhir sebelum menjelang peperiksaan. Komitmen ibu bapa dan guru-guru dalam menjana kecemerlangan anak-anak di SBPIS amat amat dihargai. Oleh itu diharapkan agar calon-calon SPM/1 2017 dapat memberikan yang terbaik bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum bahkan sahsiah juga. Didoakan semoga kecemerlangan menjadi milik calon-calon SPM/1 2017. Amin..

DIALOG PRESTASI PT3/1 2017

Alhamdulillah pada Jumaat 14 Julai 2017 telah berlangsungnya Dialog Prestasi bagi calon-calon PT3/1 2017 melibatkan guru-guru subjek, pelajar-pelajar serta ibu bapa pelajar Tingkatan 3. Dialog Prestasi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 3 sepanjang penggal pertama persekolahan. Selain itu program ini juga bertujuan unntuk mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa. Berikut merupakan butiran serta gambar-gambar semasa Dialog dilaksanakan:  

Tempat: Dewan Tan Sri Rafie Mahat
Kelas: 3 Al-Khawarizmi




Tempat: Bilik Kuliah
Kelas: 3 Al-Ghazali



Tempat: Bilik Seminar
Kelas: 3 Al-Farabi


TAHNIAH ATAS PELANTIKAN JAWATAN PK PENTADBIRAN, PK HEM DAN GKMP PENDIDIKAN ISLAM

TAHNIAH diucapkan atas pelantikan jawatan pengurusan tinggi SISME berkuatkuasa 10 Julai 2017.
Jawatan yang terlibat ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan GKMP Pendidikan Islam.
1. Encik Ismail bin Ahmad - dilantik mengisi kekosongan jawatan Penolong Kanan Pentadbiran.
2. Encik Ruzzalan Che Soh - dilantik sebagai Penolong Kanan HEM mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Encik Ismail Ahmad.
3.  Ustaz Hishammuddin Abu Kasim - dilantik sebagai GKMP Pendidikan Islam.

Diharap dengan pelantikan tersebut, pengurusan SISMe akan lebih mantap, berdaya saing dan cemerlang dunia, akhirat. InsyaALLAH. 



LAWATAN PELAJAR SEKOLAH DATO' DEMANG HUSIN

Pada 11 Julai 2017, sekumpulan murid dari SK Dato' Demang Husin, Melaka telah mengadakan lawatan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Lawatan murid-murid tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah terhadap suasana kehidupan dan pembelajaran di Sekolah Berasrama Penuh.
Beberapa orang guru dan pelajar Tingkatan 4 SISMe juga turut membantu memberi taklimat terhadap program Ulul Albab serta penerangan ringkas berkaitan Sekolah Berasrama Penuh. Moga pelajar-pelajar SK Dato' Demang Husin, Melaka lebih bersemangat dan bermotivasi dalam peperiksaan UPSR akan datang. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat.

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA ALUMNI (INTEL) SISMe 2017

Satu aktiviti program interaksi bersama alumni (INTEL) untuk pelajar tingkatan 5 telah berlangsung dengan jayanya pada 7-9 Julai 2017 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka.
Terima kasih kepada pihak Alumni Intel yang sudi memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar Sisme. Semoga pelajar-pelajar SISMe SPM 2017 mendapat manfaat daripada program tersebut.