SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2014.


        Pada 8 januari 2014 telah diadakan majlis perlantikan pengawas sesi 2013/2014 bertempat di dewan gemilang SBPIS. Objektif majlis adalah untuk memberi  pengiktirafan kepada para pengawas yang baru dilantik memegang jawatan pengawas, yang mana seramai  42 orang pengawas baru diraikan dalam majlis perlantikan ini. Majlis bermula pada jam 3:15 petang dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu Tuan DSP MuhdNur Hishamuddin Bin Hashim (Ketua Polis Daerah Jasin).
  

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU TAHUN 2014



Pada 8 Januari 2014 (Rabu), SBPI Selandar,Melaka telah menerima kedatangan pelajar baru bagi kemasukan ke tingkatan satu bagi tahun 2014.  Seramai 69 orang pelajar telah mendaftar, yang terdiri dari 33 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan, daripada 69 orang pelajar, 22 orang adalah yang mendapat tawaran sebagai pelajar Projek Khas.  Rata-rata pelajar adalah dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Negeri Selangor, Negeri Johor, Negeri Pahang dan Negeri Kelantan.