SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Kajian Pemantapan Profesion Guru Fasa 2

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menjalankan kajian pemantapan profesion guru fasa 2 bagi menentukan fungsi dan skop tugas P&P dan bukan P&P di semua institusi pendidikan dibawah KPM. Soal selidik ini bertujuan mendapatkan pandangan guru-guru berkaitan dengan bidang tugas, masa yang digunakan, tahap kemahiran dan kecukupan masa untuk menjalankan tugas-tugas berkenaan. Dapatan kajian ini akan digunakan sebagai input untuk penggubalan dasar berkaitan bidang tugas guru dan pentadbir di sekolah.
Pada 10-1-2012 kajian ini telah dilaksanakan di SBP Integrasi Selandar, Seramai 15- 20 orang guru dijadikan responden untuk menjawab soal selidik ini.


Majlis Pelancaran Keluarga SBP 2012

Selasa, 10 Januari 2012 Pelancaran Program Keluarga SBP tahun 2012 telah diadakan di Dewan Gemilang SBP Integrasi Selandar, Melaka. Program ini dilaksanakan berdasarkan konsep ‘in loco parentis’ iaitu guru menjalankan sebahagian peranan ibu bapa di sekolah. Guru (ketua keluarga ) berperanan memantau, membimbing dan membantu murid (ahli keluarga) dalam aspek kebajikan, akademik, sahsiah, perkembangan psikososial, emosi dan kerohanian. Kumpulan guru dan murid berfungsi sebagai satu unit keluarga kecil. Aktiviti yang dijalankan di sekolah mengintegrasikan kumpulan keluarga. Akronim K.E.L.U.A.R.G.A bermaksud : K : kasih sayang , E: Empati , L: Luhur, U: Ukhuwah , A: Amanah, R: Rohani , G: Gembira , A: Ambil berat. Amalan nilai-nilai ini menjadi elemen penting pelaksanaan program KELUARGA SBP.

Keluarga Tuan Haji Syarif dan keluarga Tuan Pengetua Cemerlang.

Majlis Lawatan Balas Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Brunei Darussalam

Jalinan Kerjasama SBPIS dan MSPSBS telah terjalin apabila satu rombongan ke Brunei yang diketuai oleh Pengetua Cemerlang, Encik Karim B. Bayok dan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran serta beberapa orang guru bahasa. Diikuti pula pada tanggal 23 Jun 2011 , seramai 6 orang guru Penasihat Badan Pengawas dan 18 orang pengawas menyusul lawatan yang kedua.Semasa lawatan ini satu MOU kerjasama antara Badan Pengawas dan Majlis Perwakilan Pelajar MSPSBS telah dimeterai. Antara pengisian MOU tersebut ialah jalinan kerjasama dalam kepimpinan dan akademik kedua-dua buah sekolah. Jesteru itu, lawatan balas ini membuktikan jalinan kerjasama itu diteruskan.Delegasi diketuai oleh Tuan Haji Malai Shah Eran Bin Syed Haji Yussof selaku Penolong Kanan Akademik serta Puan Zabaidah Binti Tuah selaku Penyelia Sesi Petang, MSPSBS.Guru-guru, ibu bapa dan staf ada seramai 4 orang dan pelajar-pelajar seramai 25 orang.

Diantara pengisian adalah, sesi taklimat dan persembahan “Montaj Sekolah” oleh pihak pentadbiran SBPIS.Seterusnya aktiviti Forum Antabangsa antara Badan Pengawas SBPIS dan Majlis Perwakilan PelajarMSPSBS yang mengutarakan tajuk, “The Importance Of Family Institution To Students “.Ahli panel seramai 4 orang, 2 ahli panel SBPIS dan 2 lagi ahli panel MSPSBS, forum ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pelajar SBPIS sendiri iaitu saudara Haziq Asyaraf. Pada majlis penutup Semua delegasi dibawa ke Dewan Santapan, jamuan makan tengahari telah diadakan di Dewan Santapan. Mereka juga mencuba memasak masakan tradisional Melayu iaitu Masakan Roti Jala dan Kuih Buah Melaka. Demonstrasi masakan Melayu Melaka ini telah berjaya menambat hati semua delegasi.


Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012 "AHLAN WASAHLAM"

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN 1 KE SBPIS.. KEDATANGAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI Pada 4-01-2012 seramai 73 orang pelajar telah mendaftar di Sbpi Selandar. Jumlah sebenar yang ditawarkan untuk pengambilan pertama adalah seramai 92 orang. Taklimat telah diberikan kepada ibu bapa dan pelajar oleh pentadbir sekolah mengikut bidang masing-masing, sesi tersebut diakhiri dengan ucapan Pengetua Cemerlang pada pukul 12:30 Tengahari. Selain itu, minggu silaturrahim akan diadakan pada 4-16 Januari 2012 objektifnya adalah untuk mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan jitu dalam kalangan pelajar baru dengan warga sekolah. Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka. Pengharapan yang tinggi diberikan kepada pihak sekolah untuk melihat anak mereka mencatat kecemerlangan dalam bidang akademik sahsiah dan sebagainya.

“MERIALISASIKAN TRANSFORMASI”