Kelab Bola Keranjang SBPIS yang diketuai oleh Farah Nabilah binti Hasim telah menganjurkan Klinik Bola Keranjang pada 19 Me 2014 bertempat di Bilik Kuliah Roslan Kassim, SBPIS. Klinik yang berlangsung selama dua jam bermula jam 4.00 petang diadakan dengan objektif berikut :
- mendedahkan kemahiran dan teknik asas dalam permainan bola keranjang
- memberi tips dan lanngkah keselamatan semasa latihan dan permainan dijalankan.
- memberi motivasi dan sokongan kepada pemain dan pelapis pasukan bola keranjang SBPIS supaya berani dan yakin untuk menyertai pertandingan.
Perkongsian ilmu taktikal dan teknik permainan tersebut disampaikan oleh Encik Vedagiri a/l Murugayh, Pengerusi Jabatan Pembangunan Non-Chinese MABA (Malaysia Basketball Association). Klinik ini turut dihadiri oleh jurulatih bola keranjang sekolah iaitu Encik Ong Yo Wee. Pelbagai ilmu dan taktik baru diperkenalkan kepada pemain-pemain sekolah. Klinik ini memberi banyak pengetahuan dan input yang sangat berharga. Diharapkan para pemain akan lebih bersemangat dan berjaya menempa nama dalam pertandingan-pertandingan yang akan disertai.