SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Majlis Penutup Minggu orientasi Pelajar tingkatan1

Majlis diadakan pada 24-01-11 , bertempat di dewan gemilang SISME. setelah 2 minggu pelajar-pelajar melalui program orientasi yang bermula 5 hingga 20 jan.Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar ting 1 lelaki dan perempuan, beliau berkongsi pengalaman suka duka sepanjang berada di SISME, kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan bakat muda. Kemuncaknya adalah slot penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Keluarga angkat terdiri dari kalangan guru-guru SISME yang secara ikhlas hati menerima anak angkat yang berasal dari negeri sarawak, pahang dan kelantan. Semoga program anak angkat ini memberi kesan yang positif dan dapat membantu segala permasalahan pelajar yang berjauhan dengan keluarga masing-masing. Secara keseluruhannya program orientasi ini berlangsung dengan jayanya, mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang akan dapat membantu mereka menyesuaikan dengan kehidupan disekolah berasrama penuh. Program yang terakhir bagi minggu silaturahim ialah pertandingan bakat muda yang mana objektifnya adalah untuk mencungkil dan mengilap bakat-bakat baru yang ada dikalangan pelajar tingkatan 1 .








Program Bakat Muda Pelajar Tingkatan 1

Tempat:Dewan Gemilang
Tarikh: 20-01-2011
Masa:2.00 petang

Objektif

1)Mencungkil bakat dalam para pelajar Tingkatan 1 untuk dieksploitasi bagi meningkatkan pencapaian sekolah
2)Mendedahkan para pelajar kepada suasana persekolahan SBPIS
3)Memperkenalkan para pelajar Tingkatan 1 kepada warga SBPIS

Setelah seminggu menjalani Program Orientasi, akhirnya kemuncaknya tiba dengan Program Bakat Muda. Program yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah ini dimulakan dengan ketibaan Ayahanda Pengetua, para juri dan guru-guru. Aqil Asyraf dan Hazamuddin Zulkifli diberikan kepercayaan untuk menjadi pengacara.



Persembahan bermula dengan Modenas A, diikuti Telekom A, Proton A, Proton B, dan Petronas A. Persembahan diselangi dengan persembahan solo daripada adik Israf.



Persembahan diteruskan lagi daripada Telekom B, Modenas B dan disudahi dengan persembahan mantap daripada Petronas B. Secara keseluruhan, semua penonton terhibur dengan aksi-aksi bersahaja daripada adik-adik cilik ini.

Kejohanan Merentas Desa SBPIS 2011

Pada 22 Januari 2011, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SBPIS. Bermula pada pukul 7.30 pagi, peserta kategori Perempuan 2 telah dilepaskan diikuti oleh Perempuan 1, Lelaki 2 dan Lelaki 1. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ayahanda Pengetua.




Para peserta yang masing-masing bersemangat untuk menamatkan larian dan mengumpulkan mata bagi rumah sukan masing-masing memaparkan semangat kesukanan yang tinggi. Selepas 50 minit, semua pelajar telah menamatkan larian dan berkumpul di Dataran Wawasan. Suasana gamat namun meriah dengan setiap rumah sukan menyanyikan dan melaungkan lagu dan jeritan sorak rumah sukan masing-masing. Jelas, kepenatan berlari tidak menghalang para pelajar untuk menzahirkan semangat cinta rumah sukan yang tinggi.



Pada 10.45 pagi, upacara penyampaian hadiah bermula. Penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori Perempuan 2, Lelaki 2, Perempuan 1 dan Lelaki 1. Suasana mula menjadi tegang apabila tiba waktu pengumuman johan bagi setiap kategori dan johan keseluruhan. Kategori Lelaki 1 dan Perempuan 1 dimenangi oleh rumah Petronas manakala rumah Telekom berjaya menjuarai kategori Perempuan dan Lelaki 1. Akhirnya seperti tradisi sejak pembukaan sekolah, rumah Telekom dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa SBPIS 2011. Berikut disenaraikan keputusan lengkap kejohanan tahun ini;

Johan - TELEKOM
Naib Johan - Petronas
Ketuga - Proton
Keempat - Modenas

PROGRAM FRAYER / SEKOLAH ANGKAT FASA 2 (AKADEMIK DAN KEPIMPINAN)

Tarikh: 21 Jan 2011
Masa: 8:00 Pagi
Tempat: Dewan Gemilang SBP Integrasi Selandar
Sekolah Angkat: S.K Batang Melaka.

Objektif Program

1. Membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam jiwa pengawas sebagai pemimpin
2. Melahirkan pemimpin bertaraf dunia 'World Class Leardership'
3. Mengenalpasti dan membimbing kelemahan sebagai pemimpin yang boleh diperbaiki.

Seramai 92 orang pelajar tahun 4, 5 dan 6 dari SK Batang Melaka telah datang ke SBP Integrasi Selandar untuk Program Frayer Fasa 2 (Akademik & Kepimpinan). Program telah dimulakan dengan sesi motivasi untuk para pelajar dari SKBM oleh Puan Ruhani Ismail, Kaunselor Cemerlang SBPIS.



Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Ayahanda Pengetua dan Guru Besar SKBM. Kemuncak program ialah upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pengawas Angkat antara SKBM dengan SBPIS.



Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan adik angkat kepada pelajar SBPIS untuk program pemantapan akdemik.



Melalui program frayer ini, pihak SBPIS akan membantu SKBM untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran kepemimpinan pengawas SKBM. Semoga program pengawas angkat ini dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan pengawas kedua-dua sekolah.

PERTEMUAN PERTAMA MENTOR DORM 2011


Pertemuan pertama program mentor dorm 2011 diadakan pada 17-01-2011. Program ini berlangsung dengan lancar, bermula pada pukul 7:15 pagi berakhir pada 7:55 pagi.
Diantara objektif program ini adalah:

1- Membina dan merapatkan hubungan guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan guru dengan ibubapa pelajar.
2- Membantu pelajar dalam mengendalikan sebarang masalah semasa.
3- Menyuburkan budaya yang sihat bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar.
4- Meningkatkan keyakinan diri pelajar

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENGESANAN

Pada 13 dan 14 januari pelajar-pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 akan menduduki ujian pengesanan. Ujian ini adalah bertujuan mengukur sejauhmana penguasaan pelajar terhadap sesuatu matapelajaran yang telah dipelajari pada tahun lepas.

Ahlan Wasahlan Ya Marhaban bikum

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN 1 KE SBPIS.. KEDATANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

Pada 5-01-2011 seramai 73 orang pelajar telah mendaftar di Sbpi Selandar. Jumlah sebenar yang ditawarkan untuk pengambilan pertama adalah seramai 90 orang. Pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang dan negeri-negeri yang berbeza. Pelajar yang berasal dari Melaka seramai 41 orang, Johor 17 orang, Kelantan 6 orang, negeri Sembilan 3 orang , Pahang 2 orang dan pertamakali sbpi selandar menerima kemasukan 2 orang pelajar dari negeri sarawak Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka. Pengharapan yang tinggi diberikan kepada pihak sekolah untuk melihat anak mereka mencatat kecemerlangan dalam bidang akademik sahsiah dan sebagainya.






Minit Mesyuarat AJK PIBG ke-2 Sesi 2010/2011

Minit mesyuarat AJK PIBG

KEJAYAAN PELAJAR SBPIS


Pada 4-5/12/2010 seorang pelajar sbpis Mohd Danial Bin Nor Hamidi telah menyertai pertandingan ragbi antarabangsa "Centours International Youth Rugby Tournament 2010" di Singapura, beliau telah mewakili Bintang Rugby Club" (BRC) kuala Lumpur dan telah menjadi johan (cup) kategori umur bawah 15 tahun. Beliau juga telah mengikuti sesi pemilihan pasukan kebangsaan- cobra selama empat hari 21-24 disember bertempat di padang utara Petaling jaya.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 3-01-2011


Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada hari pertama persekolahan. Pelajar-pelajar tingkatan 2, 3,4 dan 5 memulakan hari pertama persekolahan mereka dengan penuh semangat. Semoga 2011 menjadi titik tolak kepada pelajar-pelajar sbpis mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.