SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PERHIMPUNAN RASMI UNIT KOKURIKULUM



Dikendalikan Unit Kadet Polis

Setiap hari Rabu Unit Kokurikulum akan mengadakan perhimpunan rasmi unit beruniform, setiap pelajar dan guru akan memakai pakaian beruniform. Perhimpunan ini akan dikendalikan oleh unit yang dipertanggungjawabkan akan berada di barisan hadapan, seperti Kadet Polis.Perhimpunan ini bertujuan bagi menyampaikan maklumat dan perkara-perkara penting untuk dikemaskini setiap unit beruniform

TEMUDUGA PELAJAR TINGKATAN 1


Ujian bahasa Arab

Lawatan ke asrama

Sesi temuduga

Pada 19 Januari 2009, SBPIS telah memanggil seramai 106 calon Tingkatan 1 untuk ditemuduga ke SBP, seramai 57 calon telah hadir. Semua calon menjalani ujian Bahasa Arab dan sesi temuduga. Calon akan ditapis oleh pihak sekolah berdasarkan ujian dan temuduga. Senarai nama calon akan dihantar ke SBP untuk disahkan dan membuat keputusan terakhir menerima kemasukan ke SBP

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BPSBPSK


Kedatangan Timbalan Pengarah BPSBPSK

Pengetua Kanan mengiringi Timbalan melawat asrama

Taklimat bersama guru SBPIS
Pada 19 Januari 2009, lawatan Timbalan Pengarah BPSBPSK Pn Norlia Bt Mohd Shuhaili telah membuat lawatan ke SBPIS, beliau telah membuat lawatan dan tinjauan ke asrama, bertemu dengan pelajar dan guru untuk memberi taklimat dan motivasi tahun 2009

PENDAFTARAN TINGKATAN 1, SELAMAT DATANG


Sesi Pendaftaran Tingkatan 1

Pada 12 Januari 2009 seramai 56 pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar sebagai warga SBPIS, di mana seramai 29 pelajar lelaki dan 27 pelajar perempuan.Kami ucapkan SELAMAT DATANG