SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT DAERAH JASIN, MELAKA

PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT DAERAH JASIN, MELAKA


Alhamdulillah.

Tahniah di ucapkan kepada pelajar Muhammad Idris bin Mohd Hairie dari 4 Ibnu Sina yang memenangi tempat ke 4 Pertandingan Pidato peringkat daerah Jasin Melaka. Pertandingan ini telah berlangsung pada 29 Mac 2017 bertempat di dewan Ulul Azmi SMK Tun Syed Zahinudin. Berikut ranking pertandingan pidato peringkat daerah Jasin 

1. SMK Nyalas
2. SMKA Tun Perak
3. SMK Jasin
4. SBPIS/SISME

Keempat-empat buah sekolah ini akan meneruskan perjuangan dalam pertandingan pidato peringkat negeri pada bulan Mei nanti. Seluruh warga Sisme akan mendoakan kejayaan buat pelajar Sisme Muhammad Idris bin Mohd Hairie.

Inshaallah.


MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI

Tahniah kepada pelajar yang mewakili SISMe dalam Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Melaka.  

Keputusan :

  • Naib Johan Hafazan Kategori  Perempuan Menengah milik Nurul Izzah bt Zakaria.
  • Tempat Ketiga Syarahan Kategori  Lelaki Menengah milik Muhd Idris bin Mohd Hairi.


Jutaan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh. Kecemerlangan anda, inspirasi SISMe. Alhamdulillah.

SEMINAR PEMBUDAYAAN INOVASI DI KALANGAN PELAJAR SBPI SELANDAR

Seminar pembudayaan inovasi di kalangan pelajar SBPI Selandar telah berlangsung pada 28 Mac 2017 di Dewan Tan Sri Rafie Mahat, SBPI Selandar.


Seminar anjuran bersama Unit Inovasi JKKM dan kumpulan Inovasi SISMe telah dirasmikan oleh Dr Mohd Azam Ahmad (Pengarah PPD Jasin, Melaka) yang mewakili YB Datuk Hj Md Rawi Mahmud (Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi). Pihak sekolah juga ingin merakam terima kasih kepada penceramah jemputan, En Gangkatharan a/l Chinniah, Pegawai Unit Inovasi & Penyelidikan JKMM atas kesudian beliau menyampaikan ceramah berkaitan inovasi. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada para guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan seminar tersebut. Semoga warga SISMe mendapat manfaat daripada seminar tersebut.

PERTANDINGAN MALAYSIA BRAIN BEE CHALLENGE (MBBC) 2017

Seramai 5 orang pelajar SISMe telah menyertai Pertandingan Malaysia Brain Bee Challenge (MBBC) peringkat akhir Zon D.

Pelajar -pelajar tersebut ialah :
1. Lokman Nurhakim bin Mohd Razali
2. Muhd Redhuan bin Shamsuddin
3. Muhd Aliff Najmi Mohd Khushini
4. Nur Fadiah Dina Bharin
5. Fatin Syahirah Zamri


Tempat pertandingan : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
Tarikh pertandingan   : 28 Mac 2017
Guru pengiring           : Pn Norhafizah Hamidon

All the best..

13th ASEAN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2017


Alhamdulillah.

Tahniah kepada salah seorang peserta Malaysia iaitu Sarah Suhaili Farhana bt Mohamad Anuar yang juga merupakan pelajar SISMe telah berjaya meraih pingat Gangsa untuk Malaysia. Kejohanan 13th ASEAN Taekwondo Championship 2017 tersebut telah berlangsung pada 21/3/2017-25/3/2017 bertempat di 2020 Hall, Kangar, Perlis.



Tahniah diucapkan sekali lagi. Kekalkan kecemerlangan anda... InsyaAllah.

PERTANDINGAN OLIMPIAD SAINS DAN MATEMATIK PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN GAGASAN MALAYSIA DAN KPM

Alhamdulillah

KEPUTUSAN
Pertandingan Olympiad Sains dan Math Peringkat Kebangsaan Anjuran GAGASAN Malaysia dan KPM.

NEGERI MELAKA
3 Pingat Emas
2 Pingat Perak
1 Pingat Gangsa

PINGAT EMAS
1. Muhammad Zaim Hasbi Bin Roslan [MOZAC] > Matematik
2. Badrul Amin Bin Ramli [SBPIS] > Matematik
3. Camelia Alvionita [SMKTP] > Matematik

PINGAT PERAK
1. Nurazidah Binti Kamarudin [SHARODZ] > Sains
2. Nur Shuhadah Binti Zaharin [SHARODZ] > Sains

PINGAT GANGSA
1. Harith Al Hakim Bin Mohd Kamil [SMK GHAFAR BABA] > Sains




MAJLIS PERJUMPAAN PENTADBIR DAN GURU TAHFIZ BERSAMA IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 1 2017

Alhamdulillah..selesai sudah Majlis Perjumpaan Pentadbir dan Guru Tahfiz bersama ibu bapa pelajar Tingkatan 1 pada 17 Mac 2017. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 tahun 2017 merupakan pelajar kumpulan pertama bagi program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SBPI Selandar. Perjumpaan ini bertujuan untuk melihat pencapaian pelajar-pelajar Tingkatan 1 dalam menghafaz Al-Quran. Ibu bapa berpeluang untuk bersemuka bersama guru-guru Tahfiz bagi membincangkan prestasi dan kecemerlangan anak-anak Tingkatan 1 setelah hampir 3 bulan program Ulul Albab diperkenalkan di sekolah ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa di atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada guru-guru Tahfiz SBPI Selandar dalam melahirkan generasi Ulul Albab. Semoga pelajar-pelajar Tingkatan 1 diberikan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Amin.. 





KEPUTUSAN SPM 2016 CATAT SEJARAH TERBAIK SEJAK 2010

Alhamdulillah pada hari ini, 16 Mac 2017, pelajar-pelajar SPM 2016 SBPI Selandar telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016.

Berkat usaha, doa dan tawakkal, seramai 21 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan Straight A's pada tahun ini. Keputusan SPM telah dibentangkan oleh Tuan Pengetua SBPI Selandar Tn Hj Baharudin bin Husin manakala sijil-sijil Straight A's telah disampaikan oleh mantan Pengetua Cemerlang SBPI Selandar, En Karim bin Bayok di Dewan Tan Sri Hj Abdul Rafie Mahat pada tengahari tadi.











Berikut adalah ringkasan analisa keputusan SPM 2016 SBPI Selandar

GPS: 2.26
Bilangan Straight A's: 21 orang
Ranking subjek di SBP: 11 subjek meningkat, 3 subjek menurun
Ranking di SBP: 35/67

Tuan Pengetua Tn Hj Baharudin bin Husin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat semua warga SISme terutama PIBG, ibu bapa, guru-guru, para pelajar, kakitangan sokongan dan semua yang terlibat di atas sokongan dan bantuan yang diberi selama ini kepada SBPIS. Semoga setiap usaha dinilai sebagai ibadah di sisi Allah swt, Amin,,

Tahniah lagi sekali diucapkan. Semoga SBPI Selandar terus sukses! InshaaAllah..

PERMATA SBPIS

Alhamdulillah pelajar SBPI Selandar [SisMe] anakanda
Sarah Suhaili Farhana terpilih mewakili Malaysia dalam 13th ASEAN TAEKWONDO CHAMPIONSHIPS 2017 yang akan berlangsung di Kangar, Perlis

Inilah team dari Malaysia nanti yang terpilih  dan sedang mendengar amanat dari Penaung WTF Malaysia - Dato' Nazimuddin bin Dato Seri Najib
Semoga terus cemerlang dunia akhirat. 


AKSES BAHAN BACAAN DAN RUJUKAN SECARA PERCUMA



Assalamualaikum para ibu bapa penjaga SBPI Selandar,

PSS SBPI Selandar dengan sukacitanya berkongsi link kemudahan utk anak anak mendapat akses bahan bacaan dan rujukan secara percuma menerusi perkhidmatan yg disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. 

Kami memohon agar pihak tuan/puan menggalakkan anak anak menjadi ahli pnm digital sebagai usaha menggalakkan tabiat membaca di kalangan mereka.

Sebagai galakan, pihak pss sbpi selandar akan menganjurkan kempen keahlian pnm digital, bahan bacaan digital & pinjaman e-book mulai cuti pertengahan semester sehingga akhir bulan april.

Anak anak tn pn hanya perlu menyediakan bukti keahlian, cth bahan bacaan digital & pinjaman e-book sebagai bukti penyertaan pertandingan.

Hadiah untuk rekod bacaan tertinggi disediakan utk pelajar men atas n men rendah. 

Sebarang pertanyaan, sila whatsapp Cik Azlina GPM PSS SBPIS di 016-6110132

PROGRAM SBPIS BERSAMA IBU BAPA, GURU DAN BADAN KEPIMPINAN PELAJAR FASA 1

TARIKH: 11 Mac 2017
TEMPAT: Sekitar kawasan sekolah 
MASA: 8:00 pagi - 1:00 petang





Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, guru-guru serta para pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga SBPIS terus ceria dan bersih sepanjang tahun 2017 serta pada tahun-tahun akan datang! 

PROGRAM KOLABORATIF SBPIS DENGAN MOZAC

SUBJEK: Matematik Tambahan
TARIKH: 11 Mac 2017
MASA: 8:00 pagi hingga 4:00 petang
TEMPAT: Dewan Sekolah MOZAC