SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Mesyuarat PIBG Ke-07

PERTANDINGAN DORM TERBAIK


Pada 13 Mac 2009, pertandingan Dorm telah diadakan di Asrama Puteri dan Putera.Pertandingan berdasarkan kreteria yang telah ditetapkan pihak J/k pemilihan . Selain hakin-hakim yang dilantik, guru-guru juga diberi peluang membuat penilaian dan lawatan kedua-dua asrama.

KEPUTUSAN SPM 2008

STRAIGHT A - 26 ORANG IAITU 13 PELAJAR MENDAPAT STRAIGHT A1, 52 CALON (44.06%) MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA 8A KE ATAS. TERBAIK KESELURUHAN NEGERI MELAKA DENGAN GPS 2.07 BERBANDING GPS 2007 IAITU 2.37. KEPUTUSAN MENINGKAT BERBANDING 2007. TAHUN 2008 SERAMAI 26 PELAJAR MENDAPAT STRAIGHT A, MANAKALA TAHUN 2007 SERAMAI 13 PELAJAR MENDAPAT STRAIGHT A. MATA PELAJARAN MATEMATIK MODEN, MATEMATIK TAMBAHAN, BAHASA INGGERIS, PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH, PENDIDKAN AL-QURAN SUNNAH, TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BERADA KEDUDUKAN YANG PERTAMA DALAM KALANGAN SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA. SYABAS DIUCAPKAN

PERHIMPUNAN RASMI KOKU KE-02

Perhimpunan Rasmi KOKU telah didakan pada hari Rabu ( 4 Mac 2008) di Dataran Merdeka jam 3.30 ptg. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan ke-02, yang diketuai oleh Unit Pengakap. Dalam perhimpunan ini penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukan MSSM daerah Jasin dan juga ucapan GPK koku En Husin Abd Rahman

KURSUS KEWARTAWANAN



Seramai 30 pelajar Sidang Redaksi telah mengikuti kursus pendek kewartawanan yang telah disampaikan oleh En Jaafar Nekmat. Pelbagai input menjadi seorang wartawan telah disampaikan. Pelajar begitu seronok dan ceria di atas ceramah tersebut. Kursus ini telah dianjurkan oleh sidang redaksi SBPIS.

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-06


Kejohanan Olahraga ke-06 SBPIS telah berlangsung pada 19 Feb 2009,pelbagai acara telah dijalankan. Kejohanan pada tahun ini telah dirasmikan oleh YDB PIBG Tn Hj Halim.Rumah Telekom telah menjadi Johan, Naib Johan dimenangi oleh Rumah Petronas.