SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Kejohanan Olahraga Tahunan SBPIS Kali Ke 11 2014


Temasya Olahraga Tahunan SBPI Selandar telah pun melabuhkan tirainya pada Khamis, 26 Jun 2014. Kejohanan kali ke 11 ini disempurnakan dalam kehangatan mentari jam 3.00 petang dengan perasmian penutupan oleh YDP PIBG SBPIS. Kemeriahannya sangat dirasai apabila sejarah sukan sekolah berubah wajah dengan peruahan takhta juara keseluruhan dirangkul oleh Rumah Sukan Proton. Walaupun rumah-rumah sukan lain memberi saingan sengit, namun konsistensi persembahan atlet-atlet Rumah Sukan Proton sewajarnya dikagumi.

Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori-kategori khas sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan SBPI Selandar kali ke 11 :



Kedudukan Rumah Sukan                                             

     Johan        : Proton (1431)
     Kedua       :    Telekom (1345)
     Ketiga       : Modenas (1257)
     Petronas    : (1212)
   
Perbarisan Rumah Sukan
Johan          :     Telekom
Naib Johan :     Proton
Ketiga        :     Modenas
Keempat    :     Petronas
                                               
Perbarisan Unit Beruniform
Johan          :    KRS
Naib Johan  :   Kadet Polis
Ketiga         :   PBSMM 

Olahragawati
Intan Najihah binti Mohd Isa (Telekom)

Olahragawan
Muhammad Fadlee Izzat (Modenas)
Tahniah kepada semua pemenang !

    PEMANTAUAN DAN TAKLIMAT NBOS 8 DARI WAKIL KPM

    Pada 26 Jun 2014 - Khamis, SBPI Selandar menerima kunjungan wakil KPM yang bertujuan membuat pemantauan dan taklimat mengenai National Blue Ocean Strategy (NBOS) 8.

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN




    KOLOKIUM KECEMERLANGAN MURID PROJEK KHAS SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

    Pada 22 - 25 Jun 2014, empat orang wakil pelajar SBPIS telah menyertai program Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas SBP Peringkat Kebangsaan 2014 yang bertempat di Primaland Sea Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk memberi motivasi dan dorongan kepada murid Projek khas SBP yang datang dari keluarga miskin dan miskin tegar.
     



     





    PROGRAM JARINGAN KECEMERLANGAN SBPIS KE SMS SULTAN ISKANDAR MERSING

    SMS Sultan Iskandar, Mersing - SBPI Selandar telah berkampung di sana pada 19 - 22 Jun 2014 sempena Program Jaringan Kecemerlagan yang melibatkan guru-guru dan beberapa pelajar bagi subjek Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi. Program yang turut disertai oleh SMAP Kajang ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan di antara tiga sekolah tersebut melalui pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi. 
        
      

    Program ini juga dilaksanakan dengan objektifnya untuk memberi dorongan dan semangat kepada murid ke arah kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Biologi. Ia juga memberi ruang murid-murid untuk membuat pengukuhan dan pengayaan bagi kumpulan galus dan cemerlang. Kumpulan pelajar cemerlang ditempatkan di Srikandi Tersang Resort, Endau  dan kumpulan galus pula di Dewan SMSSI. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengetua SMSSI di Dewan SMSSI.