SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Hari Kokurikulum & Inovasi SBPIS dirai penuh kemeriahan

SBP Integtasi Selandar, di bawah kelolaan Unit Kokurikulum sekolah telah berjaya menganjur Hari Kokurikulum dan Inovasi pada 26 - 28 September 2014. Aktiviti yang berlangsung selama tiga hari ini mendapat sambutan bukan sahaja dari warga SBPIS bahkan dari beberapa buah sekolah antaranya SMKA Sharifah Rodziah Melaka, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Negeri Sembilan, SMS Sembrong, SMS Muar, SMS Tunku Abdullah Raub dan SMS Batu Pahat. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yang Berbahagia Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin. 







Kolaborasi Bimbingan Akademik bersama SMA As-Syakirin, Selandar

23 - 26 September 2014, di bawah kelolaan Unit Kaunseling SBPIS terus melangkah dengan Kolaborasi Bimbingan Akademik kepada SMA As-Syakirin, Selandar melalui mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden dan Bahasa Arab.

Kolaborasi Antarabangsa Badan Pengawas SBPIS

26 September 2014, Badan Pengawas menerima kunjungan kolaborasi dari SMA Insani Cendekia Al-Kausar, Indonesia.


Bola Keranjang SBPIS VS Kolej Matrikulasi Melaka

23 September 2014 - Satu perlawanan persahabatan antara pasukan bola keranjang SBPI Selandar dan Kolej Matrikulasi Melaka telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang SBPIS bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang. 


Pasukan Bola Keranjang (P) SBPIS dalam 3on3 Basketball Challenge


13 September 2014 - 3on3 Basketball Challenge (girls) diadakan di Dataran Pahlawan. Perlawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Melaka dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) ni bermatlamat untuk :
  1. Mengembangkan sukan bola keranjang di negei Melaka.
  2. Mengeratkan hubungan interaksi pelbagai kaum.
  3. Pengalaman berpasukan dikukuhkan.

Tahniah buat pasukan bola keranjang SBPI Selandar yang bersama-sama dalam perlawanan tersebut.

Program Suntikan Motivasi Pelajar SBPIS

 
Fellow Kanan SBT SBPIS, Pn. Hajah Junaidi menyumbang jasa dalam program Suntikan Motivasi Pelajar-pelajar SBPIS pada 11 September 2014. Beliau bertemu pelajar-pelajar melalui beberapa sesi mengikut tingkatan. Dalam bicaranya bersama pelajar, beliau menekankan tentang perubahan sikap ke arah pembentukan pelajar berkualiti. Beliau beranggapan kejayaan pelajar semasa di tingkatan 5 bermula dari kejayaan di tingkatan 1 dan tingkatan 2. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 4 perlu diberi suntikan motivasi dari awal.



Kajian Keluwesan Jadual Waktu dan Pengagihan Perbelanjaan PCG

10 September 2014, menerusi Gelombang 3 PPPM, beberapa orang jemaah nazir yang dilantik oleh KPM telah hadir ke SBPIS bagi menjalankan satu kajian mengenai keluwesan jadual waktu dan pengagihan perbelanjaan PCG.


Pelajar SBPIS Menyertai Physics Quest di MOZAC

         Physics Quest merupakan program outreach hasil kerjasama MOZAC dan SBPIS telah diadakan pada  7 September 2014 bertempat di makmal Fizik MOZAC. Program tersebut memberi banyak impak kepada 40 pelajar SBPIS yang terpilih menyertainya kerana ia mempamerkan kemahiran komunikasi Fizik dan kemahiran memahami konsep Fizik. Justeru, ia dapat meningkatkan penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap konsep Fizik secara hands on yang membolehkan pelajar menyampai dan mencari maklumat. 


Latihan Dalam Perkhidmatan 2014 - ePrestasi


3 September 2014 - SBPIS meneruskan siri LADAP dengan taklimat mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang disampaikan oleh Tn. Hj. Sharif bin Ebok. Sebarang maklumat boleh dilayari menerusi web berikut : http://apps.moe.gov.my/smg/10/manual.html

 


Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 2014 - " Profesional Learning Communities (PLC) "


2 September 2014 - SBPIS telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) berkaitan dengan Profesional Learning Communities (PLC) yang disampaikan oleh Cik Sarina binti Madon.

Apakah PLC ?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. 
Prinsip Asas PLC
  • memastikan pembelajaran murid
  • budaya kolaborasi
  • fokus kepada pencapaian
Enam Dimensi PLC

  • Kongsi kepimpinan
  • kongsi nilai dan visi
  • pembelajaran kolektif dan aplikasi
  • kongsi amalan peribadi
  • struktur
  • hubungan


Strategi PLC 
PLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
  • Lesson Study
  • Peer Coaching
  • Learning Walk
  • Teacher Sharing Session
  • Video Critique