SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Hari Kecemerlangan SBPIS












sbpis 26.4.2010:Hari Kecemerlangan SBPIS telah diadakan dengan jayanya.Anugerah-anugerah untuk kecemerlangan SPM dan PMR telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik.Anugerah perhidmatan cemerlang juga telah diadakan beserta dengan pelancaran mentor Dorm.Semoga kecermerlangan menjadi tradisi di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar akan terus berkekalan.

Hari Kecemerlangan SBPIS


HARI KECEMERLANGAN SBPIS kali - 6
TEMPAT : DEWAN CEMERLANG
TARIKH:24 April 2010
WARGA SBPIS DAN IBUBAPA DI JEMPUT HADIR

sukan@sbpis



Musim permainan telah bermula.Antara permainan yang telah melalui perlawanan adalah pasukan hoki, bola keranjang (sbp zon selatan) manakala pada peringkat daerah dan negeri pasukan bola sepak telah berjaya masuk ke peringkat negeri.semoga pasukan yang bertanding dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri seterusnya membantu melaka di peringkat kebangsaan.Untuk pasukan-pasukan lain yang belum bertanding diharap dapat mempersiapkan pasukan masing-masing supaya dapat memberikan tentangan yang sengit kepada pasukan-pasukan di luar sana supaya nama sekolah terkenal di seantero Melaka sebagai skuad yang mempunyai pemain-pemain yang mempunyai daya juang dan teknikal yang tinggi untuk memenangi perlawanan.

Mesyuarat Kurikulum bilangan ke 2/2010




sbpis 5.4.:Mesyuarat Kurikulum kali 2/2010 telah diadakan meliputi pelbagai aspek seperti perkara berbangkit, ICT dalam P&P, PPSMI, Jadual waktu, dan analisis serta post mortem SPM 2009.Pengetua mengucapkan tahniah di atas kejayaan di dalam SPM tetapi dalam masa yang sama tetap mahu semua subjek meningkatkan lagi pencapaian pada masa akan datang supaya setanding dengan SBP di seluruh negara

Program Mento Mentee

SBPIS, 5.april: Program Mento mente sbpis telah diadakan pada hari ini.Guru-guru yang menjadi mentor akan berjumpa mente mereka mengikut dorm yang telah ditetapkan.Pelbagai perbincangan diadakan diantara mentor dan mente untuk meningkatkan tahap akademi, sahsiah, tingkahlaku dan pelbagai lagi .Semoga pelajar-pelajar memanfaatkan mentor masing-masing untuk meluahkan idea, perasaan dan pelbagai lagi.

Jamuan Makan Guru, staff dan pekerja









Alai 31.3.2010:Warga sbpis telah mengadakan jamuan kesyukuran di atas kejayaan sekolah dalam peperiksaan SPM 2010.Majlis makan malam bermula pukul 8.30 dan dihadiri oleh Guru-guru, Staff sokongan dan Pekerja swasta beserta guru-guru agama.Sebelum itu di sebelah petang diadakan juga pertandingan bowling di antara guru-guru di MITC bowling centre.Semoga warga SBPIS bersatu hati dan tenaga untuk meneruskan kegemilangan di masa hadapan.