SBPIS Johan Hiwar dalam Program Tahbibul Lughah Peringkat Negeri Melaka

12 Mac 2015 - Gembira kepuasan terpancar di raut wajah Datuk Hj. Md. Rashid b. Hj. Hussin, Pengarah Pendidikan Melaka ketika menyaksikan persembahan hebat Johan Hiwar yang dimenangi peserta SBPI Selandar di majlis perasmian penutup program Tahbibul Lughah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Program kelolaan Unit Pengurusan Pendidikan Islam (UPPI), Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Melaka ini telah diadakan di SMA (JAIM) Al-Asyraf, Pulau Sebang. Ia bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pelbagai bentuk pertandingan dalam Bahasa Arab sepenuhnya iaitu Hiwar (perbualan), Al-Khitobah (Syarahan), Kuiz dan Sibaa Qul Istiksyaf (mencari harta karun).


 
 

Pelawaan untuk menyertai 2015 International Competition & Assessment For Schools (ICAS)


Sukacita kami mempelawa pelajar-pelajar SBPI Selandar untuk menyertai Pelawaan untuk menyertai 2015 International Competition & Assessment For Schools (ICAS) bagi mata pelajaran yang disenaraikan di bawah :

BIL
Kertas Peperiksaan
Tingkatan
Bayaran
Tarikh Peperiksaan
Tarikh Akhir Bayaran Ke Sekolah
1
English Writing
1 - 5
RM 72.00
24 Jun 2015
30 April 2015
2
English (MCQ)
1 - 5
RM 40 .00
8 Julai 2015
30 April 2015
3
Science (MCQ)
1 - 5
RM 40 .00
21 April 2015
25 April 2015
4
Mathematics (MCQ)
1 - 5
RM 40 .00
4 Ogos 2015
30 April 2015

Bayaran bagi penyertaan boleh dibuat sebelum tarikh di atas kepada guru-guru yang dinyatakan di bawah :


  1. Cik Norazlina binti Ab Karim - English
  2. Pn. Faezah binti Mustafa - Science
  3. Pn. Siti Sarah binti Othman - Mathematics

Kejohanan Olahraga Tahunan SBPIS Kali Ke 12/2015


Keputusan Rasmi Kejohanan Olahraga Tahunan SBPIS 2015 :

Merentas Desa:

Johan L1 : Modenas
Johan L2 : Modenas
Johan P1 : Petronas
Johan P2 : Telekom

Johan Keseluruhan Merentas Desa : Petronas

Sukan Tara

Johan L1 : Petronas
Johan L2 : Petronas
Johan P1 : Petronas & Telekom (Johan Bersama)
Johan P2 : Petronas & Telekom (Johan Bersama) 

Johan Keseluruhan Sukan Tara : Petronas

Acara Saringan dan Akhir 

Johan L1 : Telekom
Johan L2 : Telekom
Johan P1 : Petronas
Johan P2 : Modenas  

Johan Keseluruhan Acara Saringan dan Akhir : Telekom

Kejohanan Olahraga Tahunan ( Perbarisan Unit Beruniform)

Johan : Pengakap
Kedua : Kadet Polis
Ketiga : BSMM

Kejohanan Olahraga Tahunan ( Perbarisan Rumah Sukan)
Johan : Proton
Ketiga : Telekom
Kedua : Modenas
Keempat : Petronas

Kejohanan Olahraga Tahunan ( Olahragawan & Olahragawati)

Olahragawan : Haziq Arif bin Abu Bakar (Telekom)
                      : 5 Emas dengan rekod baru bagi acara Lompat Kijang

Olahragawati : Amirah binti Naam (Modenas)
                      : 3 Emas dengan rekod baru bagi acara 200m Lari Pecut 

Kejohanan Olahraga Tahunan ( Keseluruhan)

Johan : Telekom (1438)
Kedua : Petronas (1419)
Ketiga : Proton (1327)
Keempat : Modenas (1125)

Atlit SBPIS di Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Jasin 2015

3 Mac - 5 Mac 2015, Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Jasin 2015 yang berlangsung di Stadium UTEM berjaya melayakkan beberapa atlit SBPIS ke kejohanan negeri. Berikut adalah pencapaian pelajar SBPIS  di MSSM Daerah Jasin 2015 :

EMAS:

  • Lompat Tinggi L15
  • Lompat Jauh L18
  • Lompat Kijang L15
  • Lumba Lari 1500m L18
  • Lumba Lari 400m L15
  • Lumba Lari 4X400m L18
PERAK:
  • Lumba Lari 400m L18
  • Lumba Lari 400m P18
  • Lumba Lari 200m L18
  • Lumba Lari (Terbuka) 5000m
  • Lumba Lari 4X100m L15
  • Lumba Lari 4X100m L18
  • Lumba Lari 4X400m L15
  • Lompat Kijang L18
  • Lompat Kijang L15
  • Lompat Tinggi L15
  • Lontar Peluru P18

GANGSA:

  • Lumba Lari 400m L18
  • Lumba Lari L15
  • Lompat Tinggi P18




SBPI Selandar Mengekalkan Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2014



3 Mac 2015 - Keputusan SPM 2014 bagi sekolah ini menyaksikan 93 orang pelajar memperolehi gred cemerlang A (A+, A dan A-). Daripada keseluruhan jumlah  tersebut, 11 orang mendapat 11A, 10 orang mendapat 10A, 13 orang mendapat 9A, 15 orang mendapat 8A, 17 orang mendapat 7A dan 27 orang mendapat 6A.

Penolong Kanan Akademik, Tn. Hj. Sharif bin Ebok dalam taklimatnya kepada ibu bapa, daripada keseluruhan jumlah pelajar cemerlang itu seramai 24 pelajar mendapat gred cemerlang A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.

Beliau turut mengumumkan  Gred Purata Sekolah iaitu 2.1397 di mana 100% pelajar lulus dalam SPM 2014.

Berikut adalah GPMP bagi yang meningkat :

Mata  Pelajaran
2014
2013
Pendidikan Islam
1.37
1.50
Matematik Moden
0.59
0.67
Matematik Tambahan
2.30
2.33
Bahasa Arab
1.81
2.73
Prinsip Akaun
0.60

Teknologi Kejuruteraan
2.56
2.57
Kimia
3.92
4.20
Biologi
3.31
3.34
Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
2.04
2.33
Pendidikan Syariah Islamiyah
1.14
1.50

Aisya Sofea, pelajar cemerlang yang mendapat 11A

Wajah-wajah straight A
Wajah-wajah straight A SPM 2014





One Team SBPIS di HK Bola Keranjang SBP 2015

26 Februari - 1 Mac 2015 - Kejohanan Bola Keranjang di antara SBP telah diadakan di Batu 11, Cheras, Selangor. Pasukan bola Keranjang SBPIS " One Team" bagi kategori lelaki dan perempuan telah berusaha sebaik mungkin di pertandingan tersebut. Kejayaan pasukan perempuan mendapat tempat ketiga sangat membanggakan pihak sekolah.

Tahniah buat pemain-pemain bola keranjang SBPIS dan guru-guru penasihatnya!.






Mesyuarat Agung PIBG SBPIS Kali Ke 13/2015

28 Februari 2015, Sabtu - Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah diadakan di Dewan Gemilang, SBPIS pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Prof. Madya Mohd Ariff bin Mat Hanafiah, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTEM.

Pendaftaran Kehadiran Ibubapa 

Program Sarana Ibu Bapa 1/2015

Program Sarana Ibu Bapa kali 1/2015 telah diadakan pada 28 Februari 2015 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Gemilang SBPIS. Menerusi program tersebut, ibu bapa telah diberi taklimat mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang disampaikan oleh PK Akademik, Tn. Hj. Sharif bin Ebok. Kemuncak program tersebut adalah ceramah mengenai "Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Anak-Anak " yang disampaikan oleh Prof. Madya Mohd Ariff bin Mat Hanafiah, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTEM.