Program Sarana Ibu Bapa kali 1/2015 telah diadakan pada 28 Februari 2015 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Gemilang SBPIS. Menerusi program tersebut, ibu bapa telah diberi taklimat mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang disampaikan oleh PK Akademik, Tn. Hj. Sharif bin Ebok. Kemuncak program tersebut adalah ceramah mengenai "Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Anak-Anak " yang disampaikan oleh Prof. Madya Mohd Ariff bin Mat Hanafiah, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTEM.