SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SBPIS Johan Hiwar dalam Program Tahbibul Lughah Peringkat Negeri Melaka

12 Mac 2015 - Gembira kepuasan terpancar di raut wajah Datuk Hj. Md. Rashid b. Hj. Hussin, Pengarah Pendidikan Melaka ketika menyaksikan persembahan hebat Johan Hiwar yang dimenangi peserta SBPI Selandar di majlis perasmian penutup program Tahbibul Lughah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Program kelolaan Unit Pengurusan Pendidikan Islam (UPPI), Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Melaka ini telah diadakan di SMA (JAIM) Al-Asyraf, Pulau Sebang. Ia bermula seawal jam 8.30 pagi dengan pelbagai bentuk pertandingan dalam Bahasa Arab sepenuhnya iaitu Hiwar (perbualan), Al-Khitobah (Syarahan), Kuiz dan Sibaa Qul Istiksyaf (mencari harta karun).