SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

PERASMIAN PENUTUP PROGRAM BULAN BAHASA 2011

"BAHASA MELAMBANGKAN BUDAYA BANGSA"
Tarikh: 28 julai 2011
Tempat: Dewan Gemilang
Penganjur: Panitia Bahasa SBPIS
Perasmi: Cik Hjh Noora Bt Abu Bakar
Penolong PPD Bahasa PPD Jasin




FRIENDLY NETBALL MATCH WITH BISHOP STOPFORD SCHOOL UNITED KINGDOM

WELCOME TO SBPI SELANDAR MELAKA

PROGRAMMES

3.00 pm Arrival
Welcoming Performance
Preparation Session for Players

4.00 pm Friendly Netball Match

5.00 pm Refreshments
Closing Ceremony












HARI KOKURIKULUM SBPIS 2011

Tarikh: 22 Julai- 24 Julai 2011
Hari: Jumaat- Ahad
Tempat: SBP Integrasi Selandar
Perasmian Oleh Tuan Haji Abd. Haleem Bin Abd Wahab
YDP PIBG Sbp Integrasi Selandar.

PROGRAM KESEDARAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI MELAKA

Anjuran : Jabatan Pelajaran Melaka Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli
Tarikh: 20 Julai 2011 (Rabu)
Tempat: SBP Integrasi Selandar Melaka.
Perasmian Oleh: YB.Datuk Latipah Bt Omar
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian
Negeri Melaka









SBPIS JOHAN- Science Johore Young Pilot Cup 2011

Pada 15-16 julai 2011 SBPIS telah menyertai pertandingan “Science Johore Young Pilot Cup 2011” bertempat di SM Sains Johor. Pelajar yang mewakili SBPIS ialah Amirul Azim bin Azman, Zaidul Ariff bin Abdul Malek dan Ahmad Syukri bin Ibrahim .

Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu:

1- Kategori ‘Sky High’- kapal terbang paling lama berada di udara akan dipilih sebagai pemenang.

2- Kategori ‘Desing’ – dinilai dari sudut kekreatifan peserta menghias kapal terbang

3- Kategori ‘Round The Ground’ – Pemenang dipilih berdasarkan pusingan paling banyak yang dapat dilakukan.

SBPIS telah menjadi johan kategori ‘Sky High’ dan ‘Round the Ground’ seterusnya merangkul gelaran johan keseluruhan “Science Johor Young Pilot Cup 2011” . Dengan kemenangan ini SBPIS akan menyertai pertandingan diperingkat antarabangsa dalam pertandingan “Young Pilot Thai PBS 2011 di Maharajirudh Changwatsongkhla Scholl, Thailand pada 5-8 Ogos 2011.


Keputusan Pertandingan Hari Terbuka Asrama 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HARI TERBUKA ASRAMA 2011 SBPIS

BIL

ITEM

KEDUDUKAN

DORM

RUMAH SUKAN

1

Dorm Pilihan Warden

Aspura

Aspuri

2

17

Petronas

Proton

2

Dorm Terbaik Keceriaan

Dorm Terbaik Keceriaan

Aspura

Aspuri

15

7

Modenas

Pengawas

3

Pengurusan Dorm Terbaik

Pengurusan Dorm Terbaik

Aspura

Aspuri

KD Dorm 2

KD Dorm 8

Mohd Firdaus Omar

Asmaridatul Akma Bt Kamarolzaman

4

Anugerah Sahsiah

Anugerah Sahsiah

Aspura

Aspuri

Muhammad Shafie B Md Shahar

Nurin Nadzlah Bt Abu Bakar

5

Dorm Terbaik Keseluruhan Aspura

Dorm Terbaik Keseluruhan Aspuri

Pertama

Kedua

Ketiga

16

10

2

Petronas

Telekom

Petronas

6

Dorm Terbaik Keseluruhan Aspura

Dorm Terbaik Keseluruhan Aspuri

Pertama

Kedua

Ketiga

1

12

8

Modenas

Petronas

Petronas

Program Bersama Alumni SBPIS


Program Intel 2011

Program INTEL 2011 telah diadakan pada 7-10 julai 2011 bertempat di SBP Integrasi Selandar. Seramai 45 orang bekas pelajar telah terlibat dalam Program Intel 2011. Tujuan utama Program Intel 2011 ini adalah untuk memberi pendedahan peluang-peluang menyambung pelajaran kepada pelajar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tentatif Program Intel 2011

7 Julai 2011
Kehadiran bekas pelajar SBPI Selandar.
Mesyuarat HICOM alumni SBPI Selandar mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

8 Julai 2011
Pada jam 9.00 pagi terdapat perjumpaan antara alumni dan pelajar tingkatan satu. Mereka diberikan pendedahan dan motivasi oleh fasilitator yang hadir.
Perasmian program Intel2011 oleh Pengetua Cemerlang SBPI Selandar Encik Karim B Bayok.
Program bermula pada jam 2.50 petang di Dewan Gemilang SBPI Selandar.
Pada waktu malam, peserta program dikenalkan dengan fasilitator yang terlibat.

9 Julai 2011
Pada jam 7.00 pagi diadakan senamrobik yang dikendalikan oleh pihak alumni.
Pada jam 8.30 pagi bermula modul satu dan rehat pada jam 10.30 pagi.
Modul dua bersambung pada jam 11.00 pagi.
Pada jam 2.30 petang para peserta diberikan sedikit maklumat mengenai mock interview yang akan dijalankan pada waktu malam.
Terdapat perlawanan persahabatan rugbi antara alumni dan peserta. Perlawanan pertama dimenangi oleh alumni dan perlawanan kedua pihak alumni telah tewas.
Tepat jam 9.00 malam mock interview secara individu dijalankan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian, rehat pada jam 10.30 malam. Pada jam 11.00 malam mock interview secara berkumpulan. Mock interview ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak alumni SBPI Selandar. Peserta program diberikan pendedahan dan pengalaman ditemuduga bagi persediaan akan datang.

10 Julai 2011
Explorace diadakan pada jam 8.00 pagi. Tersirat daripada explorace ini adalah untuk mendidik peserta untuk bekerjasama antara kumpulan, mengatasi rasa takut dan memupuk hubungan silaturrahim.
Tamatnya explorace, program Intel 2011 telah sampai ke penghujungnya. Pihak alumni memberikan kata-kata semangat dan nasihat sebelum program tamat.
Semua peserta dan pihak alumni yang terlibat amat berpuas hati dengan program Intel 2011 ini dan berharap akan dijalankan pada masa yang akan datang.

Lawatan Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana

7 julai 2011 Seramai 80 orang pelajar dan 5 orang guru dari sekolah kebangsaan Sri Laksamana Melaka, telah mengadakan lawatan sambil belajar di SBPIS. Sepanjang berada di SBPIS pelajar- pelajar dari SK Sri Laksamana diiringi dan diberi penerangan hal-hal yang berkaitan dengan sekolah oleh PRS SBPIS.
Taklimat rasmi disampaikan oleh PK Hem En.Ramli bin Abdullah, yang berkaitan dengan pengurusan , akademik dan kokurikulum SBPIS. Beliau amat berharap pelajar-pelajar mencipta kejayaan di peringkat sekolah rendah, seterusnya menyambung pengajian diperingkat menengah disekolah- sekolah yang terbaik di negara ini.


PERASMIAN PROGRAM BULAN BAHASA 2011

Program Bulan Bahasa 2011

Tarikh: 4-28 julai 2011
Tempat: SBPIS
Penganjur: Panitia Bahasa SBPIS
Perasmi: En Karim bin Bayok Pengetua Cemerlang SBPIS

Matlamat Bulan Bahasa 2011
Untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ketrampilan berbahasa sebagai alat penting dalam berkomunikasi.
Objektif Bulan Bahasa 2011
1- Mencungkil bakat pelajar dalam bidang kebahasaan
2- Mempertingkatkan pengentahuan bahasa dalam kalangan pelajar
3- Melahirkan pelajar yang dapat mengimplementasikan kemahiran-kemahiran dalam P&P


LARIAN1MURID 1SUKAN & KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SBPIS KALI KE-8 & KEMPEN ADAB SOPAN.

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA SBPIS 2011

SUKAN TARA

1. JOHAN KATEGORI L1 : MODENAS
2. JOHAN KATEGORI L2 : TELEKOM
3. JOHAN KATEGORI P1 : TELEKOM
4. JOHAN KATEGORI P2 : PROTON

KEDUDUKAN RUMAH SUKAN:

PERTAMA: TELEKOM (1139)- Johan keseluruhan sukan tara.
KEDUA : MODENAS (1073)
KETIGA : PROTON (980)
KEEMPAT: PETRONAS (937)


ACARA SARINGAN & AKHIR


1. JOHAN KATEGORI L1 : MODENAS
2. JOHAN KATEGORI L2 : TELEKOM
3. JOHAN KATEGORI P1 : PROTON
4. JOHAN KATEGORI P2 : TELEKOM


KEDUDUKAN RUMAH SUKAN:

PERTAMA: TELEKOM - Johan keseluruhan acara saringan & akhir.
KEDUA : MODENAS
KETIGA : PROTON
KEEMPAT: PETRONAS

LAWATAN PENANDAARASAN KE BRUNEI

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI : Rombongan pengawas dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (SBPIS), Melaka telah mengadakan satu lawatan Penandaarasan Antarabangsa bersama Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS), Brunei.

Lawatan tersebut menyasarkan interaksi dan perkongsian pintar serta berkongsi pengalaman antara Badan Pengawas SBPIS dan Perwakilan Pelajar MPSPBS.

Program tersebut adalah untuk menguatkan lagi ukhwah antara pelajar-pelajar serta guru-guru dari kedua-dua buah sekolah, dan bertukar-tukar idea serta berkongsi pengalaman dalam peranan sebagai Barisan Kepimpinan Pelajar.

Rombongan pelajar-pelajar SBPIS telah disambut oleh Pengetua MSPSBS, Dk Sarimah Pg Hj Ahmad, dan beliau telah mengalu-alukan slot mini-forum yang bertajuk "Keruntuhan Moral Dalam Remaja Masa Kini".

Terdapat juga pembentangan PowerPoint, sesi Perkongsian Pintar antara Badan Pengawas SBPIS dan Kepimpinan Pelajar MSPSBS, serta pertukaran cenderamata.

Seorang guru berkata, "Lawatan pendidikan dan forum yang diadakan diharapkan agar dapat menambah baik serta membina lagi sifat kepimpinan dan kemahiran pembentangan dalam diri pelajar".

Delegasi Pengawas SBPIS ke MSPSBS di TV Brunei