SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

SBPIS JOHAN- Science Johore Young Pilot Cup 2011

Pada 15-16 julai 2011 SBPIS telah menyertai pertandingan “Science Johore Young Pilot Cup 2011” bertempat di SM Sains Johor. Pelajar yang mewakili SBPIS ialah Amirul Azim bin Azman, Zaidul Ariff bin Abdul Malek dan Ahmad Syukri bin Ibrahim .

Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu:

1- Kategori ‘Sky High’- kapal terbang paling lama berada di udara akan dipilih sebagai pemenang.

2- Kategori ‘Desing’ – dinilai dari sudut kekreatifan peserta menghias kapal terbang

3- Kategori ‘Round The Ground’ – Pemenang dipilih berdasarkan pusingan paling banyak yang dapat dilakukan.

SBPIS telah menjadi johan kategori ‘Sky High’ dan ‘Round the Ground’ seterusnya merangkul gelaran johan keseluruhan “Science Johor Young Pilot Cup 2011” . Dengan kemenangan ini SBPIS akan menyertai pertandingan diperingkat antarabangsa dalam pertandingan “Young Pilot Thai PBS 2011 di Maharajirudh Changwatsongkhla Scholl, Thailand pada 5-8 Ogos 2011.