Asien Pazifik Deutscholympiade-APDO 2017


Pada 12 hingga 20 Ogos 2017 telah berlangsungnya Program Asia Pacific German Language Olympics yang bertempat di Bangkok dan Rayong, Thailand. Dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Luar Negeri Jerman dan Kementerian Pendidikan Thailand program ini telah dianjurkan oleh Goethe Institut Thailand, Thai Association of German Language Teachers dan juga German Centres of Thai Secondary Schools.

Program yang berlangsung selama 9 hari ini telah disertai oleh 77 orang peserta daripada 10 buah negara Asia Pasifik. Negara-negara Asia Pasifik yang terlibat adalah New Zealand, Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Salah seorang daripada peserta yang layak untuk menyertai program tersebut sekaligus mewakili Malaysia adalah Wan Zarifah Ilyana binti Wan Hasmadi, dari tingkatan 4 Ibnu Khaldun, SBP Integrasi Selandar. Kesemua peserta program ini telah mendapat tajaan sepenuhnya termasuk tiket penerbangan, penginapan dan keperluan sepanjang program daripada pihak Goethe Institut.


Antara aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program adalah lawatan ke tempat-tempat menarik di Bangkok dan Rayong, lawatan ke sekolah di Thailand, pertandingan Wandzeitung (Wallpaper news), persembahan drama/TV Show, sesi temuduga bersama juri dari negara Jerman, pertunjukan Sains, dan juga aktiviti malam kebudayaan. Menerusi pertandingan dan aktiviti yang telah dijalankan Wan Zarifah Ilyana telah berjaya mendapat sijil pencapaian keseluruhan Silver. Tahniah diucapkan.