Pada
12 hingga 20 Ogos 2017 telah berlangsungnya Program Asia Pacific German
Language Olympics yang bertempat di Bangkok dan Rayong,
Thailand. Dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Luar Negeri Jerman dan
Kementerian Pendidikan Thailand program ini telah dianjurkan oleh Goethe
Institut Thailand, Thai Association of German Language Teachers dan juga German Centres of Thai Secondary Schools.
Program yang berlangsung selama 9 hari ini telah disertai
oleh 77 orang peserta daripada 10 buah negara Asia Pasifik. Negara-negara
Asia Pasifik yang terlibat adalah New Zealand, Australia, China, India,
Indonesia, Jepun, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Salah seorang daripada
peserta yang layak untuk menyertai program tersebut sekaligus mewakili Malaysia
adalah Wan Zarifah Ilyana binti Wan Hasmadi, dari tingkatan 4 Ibnu Khaldun, SBP
Integrasi Selandar. Kesemua peserta program ini telah mendapat tajaan
sepenuhnya termasuk tiket penerbangan, penginapan dan keperluan sepanjang
program daripada pihak Goethe Institut.
Antara
aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program adalah
lawatan ke tempat-tempat menarik di Bangkok dan Rayong, lawatan ke sekolah di
Thailand, pertandingan Wandzeitung (Wallpaper news), persembahan drama/TV Show,
sesi temuduga bersama juri dari negara Jerman, pertunjukan Sains, dan juga
aktiviti malam kebudayaan. Menerusi pertandingan dan aktiviti yang telah
dijalankan Wan Zarifah Ilyana telah berjaya mendapat sijil pencapaian
keseluruhan Silver. Tahniah diucapkan.