SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Keputusan SPM 2011 Terbaik Dalam Sejarah Sekolah

SBPI Selandar 21-3-2012: Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Agung, kerana dengan KehendakNya, sekali lagi pelajar-pelajar SBPIS mencatatkan kecemerlangan yang amat membanggakan semua pihak dalam SPM 2011. Dengan mendapat gred purata sekolah (GPS) 1.78 melayakkan SBPIS mendapat kedudukan Ke-2 terbaik negeri Melaka. Berbanding keputusan SPM tahun-tahun lepas, SPM 2011 adalah yang terbaik dalam sejarah sekolah ini. Seramai 19 orang pelajar telah mendapat Straight A pada tahun ini, ada penurunan berbanding tahun lepas dari segi bilangan straight A. Walaubagaimanapun yang membanggakan adalah peningkatan mata GPS daripada 1.90 (2010) kepada 1.78 (2011).Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah sama-sama berusaha untuk mencapai keputusan yang sangat membanggakan ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada PIBG yang banyak memberi sokongan atas segalanya.