SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

MAJLIS GRADUASI KALI KE-8 SBPI SELANDAR 2012

SBPIS 20 Sept 2012 Majlis Graduasi kali Ke-8 SBPI Selandar telah diadakan dengan penuh gilang gemilang dan dirasmikan oleh Tuan Hj.Tajuddin bin Sulaiman Ketua Pegawai Eksekutif Bintang Printing Centre Sdn. Bhd.  Majlis ini telah menjadi acara tahunan SBPIS dan merupakan kemuncak bagi pelajar SPM sebelum mereka menghadapi Peperiksaan tidak lama lagi. Selain itu, majlis ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan pembelajaran sehingga menduduki SPM yang akan menjelang tiba. Majlis yang berprestij ini diharap dapat memberikan perangsang dan motivasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM dan seterusnya mampu bersaing dengan pelajar di SBP yang lain. Tahniah diucapkan kepada calon-calon SPM 2012.

PROGRAM BENGKEL SKOR A+ (SPM)

MAJLIS RESTU ILMU PMR

Sbpis 8-oktober 2012, Majlis Restu Ilmu pelajar ting.3 (PMR 2012) telah diadakan, program ini sudah menjadi tradisi tahunan Sbpis, sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi PMR yang akan bermula 9-oktober ini. Majlis bermula pada pukl 9 Pagi, dimulakan dengan ucapan PK Hem seterusnya ucapan Tuan Pengetua, kemudian ucapan daripada guru matapelajaran masing-masing dan diakhiri dengan ucapan Tuan Hj.Syarif Bin Ebok PK1 Sbp Integrasi Selandar.Setelah selesai sesi ucapan, wakil pelajar tingkatan 3 Mohd Najmi bin Ab. Fatah telah melafazkan ikrar janji kecemerlangan, majlis diteruskan lagi dengan penyerahan kad ucapan daripada guru kepada pelajar ting.3 yang diwakili oleh Mohd Najmi Bin Abd Fatah. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman bersama guru-guru.
  

MUKTAMAR SANAWI BADAR SBPI SELANDAR 2012

03-oktober 2012 bertempat di Surau al-Karim telah diadakan Muktamar Sanawi Badar Sbpi Selandar kali ke-9. Majlis berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, dimulakan dengan ucapan daripada bekas Masu'l Badar sesi 2011-2012. Kemudian diteruskan dengan ucapan Guru Penasihat Badar Ustaz Nizam Bin Che Hassan, dalam ucapan beliau banyak memberikan penekanan terhadap tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh kepimpinan badar yang baru. Seterusnya ucapan perasmian oleh En.Ramli Bin Abdullah, beberapa intipati penting ucapan beliau adalah, badar merupakan Organisasi yang penting dalam usaha untuk membangunkan modal insan , sahsiah, kerohanian dan disiplin para pelajar. Beliau berterima kasih kepada pimpinan Badar sesi 2011/2012 kerana banyak membantu pihak sekolah. Akhir sekali, penyerahan watikah perlantikan kepada pimpinan Badar 2012/13 yang disampaikan oleh PK HEM Sbpi Selandar En.Ramli Bin Abdullah.