SBPIS 20 Sept 2012 Majlis Graduasi kali Ke-8 SBPI Selandar telah diadakan dengan penuh gilang gemilang dan dirasmikan oleh Tuan Hj.Tajuddin bin Sulaiman Ketua Pegawai Eksekutif Bintang Printing Centre Sdn. Bhd. Majlis ini telah menjadi acara tahunan SBPIS dan merupakan kemuncak bagi pelajar SPM sebelum mereka menghadapi Peperiksaan tidak lama lagi. Selain itu, majlis ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan pembelajaran sehingga menduduki SPM yang akan menjelang tiba. Majlis yang berprestij ini diharap dapat memberikan perangsang dan motivasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM dan seterusnya mampu bersaing dengan pelajar di SBP yang lain. Tahniah diucapkan kepada calon-calon SPM 2012.