SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

Majlis Lawatan Balas Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Brunei Darussalam

Jalinan Kerjasama SBPIS dan MSPSBS telah terjalin apabila satu rombongan ke Brunei yang diketuai oleh Pengetua Cemerlang, Encik Karim B. Bayok dan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran serta beberapa orang guru bahasa. Diikuti pula pada tanggal 23 Jun 2011 , seramai 6 orang guru Penasihat Badan Pengawas dan 18 orang pengawas menyusul lawatan yang kedua.Semasa lawatan ini satu MOU kerjasama antara Badan Pengawas dan Majlis Perwakilan Pelajar MSPSBS telah dimeterai. Antara pengisian MOU tersebut ialah jalinan kerjasama dalam kepimpinan dan akademik kedua-dua buah sekolah. Jesteru itu, lawatan balas ini membuktikan jalinan kerjasama itu diteruskan.Delegasi diketuai oleh Tuan Haji Malai Shah Eran Bin Syed Haji Yussof selaku Penolong Kanan Akademik serta Puan Zabaidah Binti Tuah selaku Penyelia Sesi Petang, MSPSBS.Guru-guru, ibu bapa dan staf ada seramai 4 orang dan pelajar-pelajar seramai 25 orang.

Diantara pengisian adalah, sesi taklimat dan persembahan “Montaj Sekolah” oleh pihak pentadbiran SBPIS.Seterusnya aktiviti Forum Antabangsa antara Badan Pengawas SBPIS dan Majlis Perwakilan PelajarMSPSBS yang mengutarakan tajuk, “The Importance Of Family Institution To Students “.Ahli panel seramai 4 orang, 2 ahli panel SBPIS dan 2 lagi ahli panel MSPSBS, forum ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pelajar SBPIS sendiri iaitu saudara Haziq Asyaraf. Pada majlis penutup Semua delegasi dibawa ke Dewan Santapan, jamuan makan tengahari telah diadakan di Dewan Santapan. Mereka juga mencuba memasak masakan tradisional Melayu iaitu Masakan Roti Jala dan Kuih Buah Melaka. Demonstrasi masakan Melayu Melaka ini telah berjaya menambat hati semua delegasi.