SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SBP INTEGRASI SELANDAR MELAKA (SISMe)

FESTIVAL CATUR ANTARABANGSA MELAKA 2012 SEMPENA SAMBUTAN MELAKA 750 TAHUN

Seramai 4 orang pelajar SBPIS telah menyertai  Festival ini dengan diiringi oleh En Mohd Husin Abd Rahman dan Pn Hjh Rafidah Hj Kemat selaku guru penasihat catur.  Pertandingan bermula  pada 23 April 2012 sehingga 30 April 2012.  Pertandingan ini diadakan  di Grand Ball Room , Hotel Warisan  Dunia Hang Tuah . Nur Hidayah Mazlan telah dinobatkan  sebagai pemain terbaik Melaka  yang menggondol  RM 250.00 di mana  mencapai tempat ke 7 ( bawah 18 tahun) manakala  Mohamad Amirull Yahya telah mencapai tempat ke 16 dalam kategori   bawah 16 tahun..  Selebihnya Madihah Abd Razak dan Effa Affiana Ishak   mendapat sijil Penyertaan sahaja. Bagi pihak sekolah, mengucapkan tahniah dan bagi yang kurang berjaya diharap tidak  berputus asa. Selain itu, mereka  adalah golongan yang dapat melakari  sejarah SBPIS yang pertama memasuki  acara catur bertaraf antarabangsa.  SYABAS.